Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.sil] | برحاصيل

Definisi : 1. ada hasilnya, memberi hasil: kebunnya sudah ~; 2. tercapai (cita-citanya, maksudnya), berjaya: segala usaha dan ikhtiarnya tidak juga ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.sil] | برحاصيل

Definisi : 1 ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2 berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Menyukat belut.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tak mungkin berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bangas MSbmakanan atau minuman yang basi.Penyelesaian fasal tanah yang kami duduki itu tidak berhasil. Tuntutan kami juga buntu macam apam bangas. Namun kami tidak berdiam diri. Kami berjumpa ketua daerah, minta simpati, minta belas kasihan.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nasulang Kdgagal menuba.Setelah kerja-kerja menuba selesai, mereka berehat dan menanti di darat selama setengah jam hingga sejam sambil memerhatikan sama ada tubaan mereka itu berhasil atau tidak. "Nasulang" ialah istilah orang-orang Kadazan bagi kerja-kerja menuba yang gagal.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas