Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lan] | برجالن

Definisi : 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Berjalan kaki menuju ke paya,
     Singgah sekejap menggali cacing;
Wahai tuan saya bertanya,
     Di mana jari menyarung cincin.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Berjalan peliharakan kaki,
     berkata peliharakan lidah.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
temuda Ibkawasan bekas huma yang sudah lama ditinggalkan.Keling masih lagi mengikuti tupai tersebut. Apabila tupai berjalan Keling pun berjalan juga menjejaki jalan tupai tersebut. Lama-kelamaan Keling tertinggal jauh di belakang. Dan tupai tidak kelihatan lagi. Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
aken LBtempat mandi atau membasuh di tebing sungai.Apabila dia sampai ke aken (tempat mandi dan membasuh di tepi sungai) dia berehat dan kemudian berjalan semula. Kali ini dia hendak meninjau lebih jauh lagi lalu berjalan menuju ke hulu sungai itu.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
limpas MSblalu, berjalan melintas di hadapan.Pun, Paring ingin melihat Angusi selalu menjeling dia apabila orang tua itu limpas di hadapan sulapnya kerana mandi atau mengambil air.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
beremak MSrmengharungi atau berjalan di kawasan yang berlumpur atau berlekit.Abang dah tua tak larat lagi beremak menggaris lokan, membebankan Ipin dan Juak saja, ujar Nek Fid.Antologi Cerpen Meminggir AnginGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
munung Ibmuncung babi.Setelah puas berjalan mereka pun sampai di Sungai Munung. Di situ mereka menggunakan sejenis pakaian yang disebut munung dan terdapat pada badan babi. Kemudian apabila mereka sampai di Sungai Tunjing mereka memakai tunjing atau kuku.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tunjing Ibkuku (lembu, kuda dll).Setelah puas berjalan mereka pun sampai di Sungai Munung. Di situ mereka menggunakan sejenis pakaian yang disebut munung dan terdapat pada badan babi. Kemudian apabila mereka sampai di Sungai Tunjing mereka memakai tunjing atau kuku.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gasungang Ihsejenis pantun dan nyanyian.Tarian Garusai ini berjalan dengan iringan Sundait dan Gasungang iaitu yang berbentuk pantun dan nyanyian.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumotolong Kd KBsejenis roh jahat.37. Tumotolong – Kerjanya menyesatkan orang yang berjalan di hutan rimba.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
popong Bdsejenis burung kecil seakan-akan burung puyuh tetapi berwarna hitam. Ia sentiasa berjalan di atas tanah akibat sumpahan hantu cuek (tikus) – dongeng.Burung Popong juga mendengar berita kemalangan itu lalu cepat-cepat pergi ke tempat itu.Cerita-cerita Rakyat BidayuhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngajat Ibsejenis tarian tradisional orang Iban.Bunyi gong kini berkumandang lagi, ngajat berjalan terus penuh keriuhan.NgayauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas