bengkeng MSr | degil. | Dalam banyak perkara yang kufikir-fikirkan, sejak Jasi mula bengkeng inilah aku berasa semakin teruk. Kerja dapur memang tidak pernah ditolong orang. Kerjaku di luar rumah tidak pernah berkurangan. | Jagung Pulut Pusaka Moyang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sompoton MSb | sejenis alat muzik bagi suku kaum Kadazan dan Murut. Ia diperbuat daripada 8 batang pipa bambu dan sebiji labu kecil yang dikeringkan dan dipotong tepinya. Bahagian atas biji labu dikorek untuk meletakkan lapan batang bambu secara menegak yang seterusnya dilekatkan (bambu) dengan gam lebah. Manakala bahagian hujung lengkongan bambu itu ditebuk sebagai tempat meniup. Ia dimainkan dengan cara menutup hujung tiga pipa menggunakan tiga jari kanan dan tiga jari kiri. Seterusnya ia ditiup oleh seseorang untuk menghasilkan irama. | Sompoton merupakan salah satu daripada alat-alat muzik tradisional yang paling digemari sejak dahulu lagi sehingga kini. Namun pada masa kini, pembuat-pembuat sompoton semakin hari semakin berkurangan. | Alat-alat Muzik Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |