Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ga/] | برلاݢق

Definisi : 1. berperasaan besar diri, bersikap angkuh: orang Wan Umar telah ~ sombong dgn kemewahan wang yg didapati drpd Kapitan Cina; ~ spt orang besar; 2. melakukan diri spt, berlaku spt: dia ~ tidak tahu; ~ bodoh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ga/] | برلاݢق

Definisi : 1 berkelakuan sombong; bersikap angkuh: Jangan engkau cuba hendak ~ di depan aku kerana aku tahu siapa engkau. 2 berkelakuan spt; bersikap seolah-olah: Dia ~ pandai tetapi apabila disoal, ia tidak tahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagak (kata nama)
Bersinonim dengan gaya, pembawaan, tingkah laku, kelakuan, perangai, aksi, lela;,
Kata Terbitan : berlagak, pelagak,

Peribahasa

Sumpit penuh tidak berisi.

Bermaksud :

Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gambung, *gambong* MSrsombong atau bersifat kurang ajar, bongkak, berlagak.Dirasakannya juga bahawa Ayu semakin gambung dan perasan. Malah dunia ini adalah dunia Ayu. Dia sudah ada orang yang dipanggilnya bapa.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
naik jabar MSrperasaan terlalu marah, naik radang.Tapi Pak Pait mati-mati menuduh ada urusan jual beli dalam hal itu, dan hasil haram itu digunakan oleh Pak Malun untuk berlagak di depan Kak Siti. Manalah tidaknya Pak Malun tak naik jabar. Nasib baik ada Pak Keri Ladun ketika itu; kalau tidak, tentu ada yang berkafan hari itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas