Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ki] | برلاکي

Definisi : mempunyai laki, sudah berkahwin (perempuan): orang ~ bercerai ungkai, orang bercerai pulang balik; bagai ~ anak semang prb perempuan yg tidak senonoh kelakuan­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ki] | برلاکي

Definisi : mempunyai laki; sudah berkahwin (bkn wanita); bersuami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlaki

Puisi
 

Beli ubi beli keladi,
     Anak belanak dalam tapisan;
Puan berlaki saya berbini,
     Kalau beranak kita berbesan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Janda belum berlaki.

Bermaksud :

Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
berayas MSrberhabis-habisan.Aku mahu bergaya, kalau tidak dapat dengan kebolehan dan kemampuannya sendiri, setelah berlaki aku dapat, apalah yang aku mahu lebih daripada itu? Seolah-olah begitu dia mengatakan kepada dirinya. "Kalau sebelum berlaki atau tidak dapat itu dan tidak dapat ini, serba kekurangan, setelah berlaki berayaslah."Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pengilan MSrmenghadiri majlis kenduri.Lagipun kalau ditakdirkan Khatijah bertemu jodoh, bukan orang lain yang akan berlaki, dia sendiri juga. Kalau dia terus tidak berlaki pun nasibnya juga. Yang dia pasti ialah kalau Khatijah bertemu jodoh, dan kalau pernikahan dimeriahkan, dia akan pengilan. Dia mesti pengilan kalau diseruk.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas