Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pin.dah] | برڤينده

Definisi : 1. beralih tempat (kediaman, ker­ja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbin­cangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah­-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah­-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pin.dah] | برڤينده

Definisi : 1 beralih tempat (kediaman); pergi menetap ke tempat lain: Minggu depan saya akan ~ ke Kelang. 2 bertukar atau berganti kenaikan (tempat kerja dll): Sesampai di Melaka, mereka telah ~ bas. 3 = berpindah-pindah merebak atau menular (bkn penyakit): Kurap ialah sj penyakit yg mudah sekali ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tidak berasak tunas dari tunggul.

Bermaksud :

Tidak berpindah-pindah, tetap di situ-situ juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sumalakai, *sumalakoi* Kd Ltupacara memasuki rumah baru.Setelah siap dan sebelum berpindah ke rumah baru itu, mereka mengadakan upacara naik ke rumah baru yang dipanggil "Sumalakai". Beberapa hari kemudian mereka mengadakan pula upacara "Molukas".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bambarayon Kd, Tbsemangat padiSetelah menikmatinya, bambarayon akan memindahkan roh-roh mereka yang berpindah ke rumah baharu. Dan mereka pun akan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat mereka, tau?”SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mansayau Mrsejenis tarian suku kaum Murut yang menggambarkan tentang sifat kepahlawanan kaum Murut serta digunakan untuk upacara mengubati orang sakit dan pada acara ini seorang bomoh akan digunakan dan biasanya diadakan dalam upacara Mensilad. Tarian ini juga sering dipersembahkan ketika hendak berpindah ke rumah baru atau ketika majlis keramaian seperti pesta menuai atau majlis kahwin.Dari pergerakan jelas memperlihatkan yang Tarian Mansayau ini memperlihatkan soal kegagahan suku kaum berkenaan di medan peperangan. Jadi, pada umumnya tarian ini ditarikan oleh pahlawan-pahlawan suku kaum Murut yang selalu menghadiri upacara mengayau atau merayau.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas