karaban Kd | bekas bertutup daripada buluh yang dianyam, digunakan untuk menyimpan damak sumpitan. | Dia seperti dapat melihat ibunya tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam siud, menganyam karaban, menganyam savak dan sebagainya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tipa-tipa Tb | sebarang bekas yang bertutup yang berasal daripada tin. | Pak Odok mengeluarkan tipa-tipa. Dia mengeluarkan sebatang tigur. Lantas menghulurkan kepada Nanak. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gadur Bj Sm, Ir, MSb, Tb | sejenis bekas bertutup yang dibuat daripada tembaga, digunakan sebagai hiasan atau dalam majlis-majlis rasmi bagi golongan bangsawan. | Harta lain seperti gong, kulintangan, talam tembaga, gadur dan sumbul yang berjajar di dinding rumah mereka banyak dipamerkan menghias dinding. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
languai, *langguai* Kd Pr | bekas sirih dan tembakau tidak bertutup. | Di kalangan suku kaum Kadazan Papar, mas kahwin ini terdiri daripada gong, canang, "manain", "languai", tajau, “kumanggi", tanah, kerbau dan babi. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tekiding MSb | bakul yang dibuat dari anyaman rotan yang diraut halus, bertutup dan bertali untuk disandang di bahu. Ia dijadikan tempat menaruh alat-alat upacara, seperti gonding, mamadik, salungan dan sebagainya. | Selesai memasak, mereka makan, mereka makan dengan berlaukkan apa entahlah. Sesudah makan mereka berkemas barang-barang ke dalam "tekiding" (tempat mengisi barang yang diletakkan di atas belakangnya). | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berait, *barait* MSb | bakul yang dibuat dari anyaman rotan yang diraut halus, bertutup dan bertali untuk disandang di bahu. Ia dijadikan tempat menaruh alat-alat upacara, seperti gonding, mamadik, salungan dan sebagainya. | Kamu mahu ke mana? tanya Francis kepada seorang tua yang berjalan bersama-sama seorang wanita muda. Mereka masing-masing menggalas bongan dan berait. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
engkabai Ib | sejenis bekas berbentuk bulat dibuat daripada kulit kayu perawan atau kulit kayu meranti untuk menyimpan padi. | Apabila mendengar kata-kata Damu itu Serapoh pula menjawab, “Kalau benar awak hendak beristerikan Remi, tidak dapat tidak saya mesti meminta hantarannya, iaitu tengkorak musuh sebuah engkabai yang bertutup dengan gong.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |