Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar;

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Besar,
     besar gunung dipandang;
kecil,
     kecil hutang disandang.

Bermaksud :

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).

 

Lihat selanjutnya...(235)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tajo Ib, MSrtajau (sejenis tempayan besar).Tajo-tajo yang besar itu terapung-apung di atas air. Ia ditelan oleh naga itu satu-satu. Oleh kerana terlalu banyak tajo itu ditelannya, maka naga itu pun mati lalu terggelam ke dasar laut.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
moginakan Kdjamuan besar (majlis kesyukuran).Pada masa lampau adat-istiadat untuk mengadakan jamuan besar yang dipanggil "Moginakan" diadakan setahun sekali. Dalam upacara ini, ia hanya dihadiri oleh kaum keluarga yang rapat dan yang mempunyai salasilah keturunan yang sama.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gelibuh Kd Mbnyiru besar.Hidangan itu akan diisi ke dalam sebuah gelibuh, iaitu sebuah nyiru besar. Di dalam gelibuh itu harus diisi dengan beberapa benda yang akan menjadi hidangan dan santapan kepada semangat padi itu.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
agag LBsejenis alat untuk menapis beras atau padi, berbentuk bulat dan dibuat daripada buluh atau bemban. Ia berlubang kecil sesuai fungsinya sebagai alat penapis.Kata Gur, “Kenapa jiran kita itu riuh sangat?” Dia memanggil Angi dari pondoknya. “Oi Angi parut besar! Parut kecil besar agag.”Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
angkobbekas besar untuk menyimpan padi diperbuat daripada kulit kayu.1. Bekas berbentuk silinder dari kulit kayu yang disimpan di loteng rumah (tilud). Selepas dimasukkan ke dalam karung, padi ini kemudian disimpan dalam sebuah pondok kecil di tepi sawah yang dipanggil sulap untuk beberapa ketika sebelum dipindahkan ke rumah untuk disimpan di bekas besar yang dipanggil angkob.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bangkit Ibsejenis tumbuhan kecil yang mempunyai buah yang berbau wangi.Dia ada menanam sebatang pokok asam kemantan yang sungguh besar batangnya dan masih boleh dilihat sekarang. Tidak jauh dari situ juga, dalam kawasan Rapong, ada pokok bangkit yang sangat besar.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rintong, rintung Ibsejenis bakul yang diperbuat daripada gelungan pelepah rumbia yang digunakan untuk mengumpul dan membawa turun sarang lebah ke tanah.Sejurus kemudian dia melihat seorang yang berbadan besar datang ke arahnya. Kepala orang itu besar dan muncungnya seperti keranjang yang bernama rintong.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tabu dita Mrsejenis tempayan besar yg berwarna biru putih.Menempatkan Galeri Pameran kekal, termasuklah Galeri Etnografi yang mempunyai koleksi busana etnik, peralatan muzik dan pelbagai artifak milik pelbagai etnik masyarakat di Sabah. Koleksi Tembaganya diperoleh daripada warisan tinggalan nenek-moyang dahulu kala seperti tempayan dan tembikar termasuklah tajau tabu dita yang jarang ditemui, tempayan tembikar biru putih yang amat besar tinggalan Dinasti Qing pada abad ke-18.Brosur Kota Kinabalu Ibu Negeri Peranginan Sabah.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
ridang Ibkoyak besar.“koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. “Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kinayoo Mr, Tbbesar.Jangan makan saya! Tetapi kita pergi bersama-sama ke hulu! Di sanalah kampung kami di hulu sungai Kinayoo. Waduh! Banyak orang di kampung kami, kata pelanduk itu kepada buaya itu.Sabah Folk Tales 1-7Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
12345678

Kembali ke atas