unus lebus Ib | gelang perhiasan yang dipakai di betis (untuk lelaki). | Keling terus bangun dan mengenakan pakaiannya. Dipakainya gelang engkerimok yang dibuat daripada resam rimba. Dipasang di atasnya gelang betis unus lebus yang membuatnya menyerupai orang bukitan tapus pulang mengembara. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
engkerimuk Ib | sejenis gelang perak yang dipakai di bahagian betis orang lelaki (kaum Iban). | Sirat panjang amat menawan membelit riba, meliliti pinggang Gelang engkerimuk sungguh cucuk seperti sampuk meniti batang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumpa Ib | gelang yang diperbuat daripada perak biasanya dipakai oleh gadis Iban. | Pada sanggul lintang mereka tersemat sebuah sikat. Lengan mereka dihiasi dengan gelang tumpa dan betis dipasukkan gelang keruncung sementara pinggang dililiti lampit. Di leher mereka terdapat dua kalung manik dua belitan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
entenong, *entenung* Ib | sejenis pokok yang berbatang lurus, kulitnya lembut dan boleh dibuat bekas besar untuk menyimpan padi. | Apakah jenis tangga yang dapat menampung berat isteri awak ini? tanya Nabau. "Cuba ambil kayu entenong sebesar betis untuk tangganya," kata Baring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |