Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ruding LBalat radiofom/alat muzik bersaiz kecil yang diperbuat daripada kayu atau logam. Ia digunakan dengan meletakkan di celah antara gigi atas dan gigi bawah. Tangan kanan pemain memegang alat ini manakala tangan kiri memetik bahagian lidah alat ini untuk menghasilkan getaran. Bunyi dikeluarkan melalui pernafasan.Si Labo Tui betul-betul terpesona dengan bunyi ruding itu. Dia pun menari dan melompat dengan asyik sekali.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelam Ibsejenis manik.Amboi, cantik betul kelam tembaga ini! Sungguh cantik tempat ini, kata Manang Engkejuang.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
olo MSrjudi.Ini yang celaka, yang tidak betul dan tidak kena. Kalau orang mahu berjudi, main olo, suka hatilah. Wang mereka sendiri yang punya.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pengiwan, *pongiwan* Mr Psmertua.Menurut... ya... em... menurut di Inaran dia hampir sama dengan Murut di Nabawan. Menurut ya... khasnya pengiwan... kalu Murut di Pensiangan... eh... lain dia berlainan dia betul punya bahasa.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas