mu oput nu pusod, *muoput nopusod* Tb | adik beradik. | Mu oput nu pusod. Biar mereka yang membuat keputusan Sindan anak mereka. Orang lain apa tahu. Lebih-lebih lagi Mudin yang hanya terbawa-bawa oleh bininya. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jeraul MSr | penyangak, kelakuan nakal. | Celaka! Jeraul tua! Gatal! Seranah Lumai tersembul dalam hati. Dan kalau diikutkan kebencian hatinya, mahu saja dia menyinsingkan kainnya tinggi-tinggi, dan punggungnya yang telanjang ditonggengkan ke arah Tuai Rumah yang tak padan dengan rupa dan gaya itu. Biar si jeraul tua itu puas menatap apa yang ingin ditatapnya. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |