sarongan MSb | roh jahat yang merasuk seseorang. | Kemungkinan mayat suaminya akan dirasuk oleh roh jahat yang digelar sarongan, biarpun dia telah menghidupkan unggun-unggun api di sekeliling rumahnya sejak semalam. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
utak-utak Bj, Sl | sejenis sanggul. | Mata kayu Dayang Bandang yang bening, terus menembusi ke ruang hadapan yang mula kelam. Rambutnya yang bersanggul fesyen utak-utak dihiasi mahkota, teguh mengapuh belakang kepalanya biarpun dipuput bayu senja. Serta-merta dadanya sebak, direnggut pilu yang perit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
si'eng Bd | nama keluarga dalam masyarakat Cina seperti Lim, Tan, Wong dsb. (Nama ini diwarisi daripada sebelah ayah, bukan sebelah ibu). | Budak itu darah dagingnya. Malah itulah cucu lelakinya yang pertama biarpun sudah lain si'eng. Ah Keong bergegas ke dapur. Dicabutnya badik tajam yang biasa digunakan semasa membakar daging. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |