Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.la] | بيلا

Definisi : 1. kata yg digunakan utk menanyakan waktu (masa, ketika) mana: ~ awak hendak ke Kuala Lumpur?; barang ~ sebarang masa; 2. pd masa apa: kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah; bila-bila = ~ masa pd sebarang masa (waktu, ketika): ~ saja hari akan hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.la] | بيلا

Definisi : kata tanya utk menanyakan waktu yg mana; ketika yg mana: ~kah kamu akan berangkat? bila-bila sebarang masa; masa atau waktu yg tidak ditentukan: ~ pun kita boleh pergi makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila

Puisi
 

Cik Atak duduk tersenyum,
     Bila-bila nampak tunangnya;
Buah masak terlalu ranum,
     Tentu hilang manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(77)
Peribahasa

Bila kucing tidak bergigi,
     tikus berani melompat tinggi.

Bermaksud :

Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sundait Kdteka-teki.Sundait adalah teka-teki kaum Kadazan/Dusun. Kegiatan berteka-teki berlaku bila-bila masa selepas tangkai pertama padi baru dituai dan sebelum penanaman benih semaian untuk musim akan datang dimulakan.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
miamuk Kd Tnmengamuk.Jadi bila waktu berasik, dia orang ambil itu gendang, pukul! Jadi dia pandai bercakap. Dia bilang, "Miamuk, miamuk (mengamuk)" dia bilang.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ajat Ibtari.Ajatnya tambah rancak bila ada tangan-tangan yang ramai bertepuk agak serentak.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
saging Mrsejenis bakul rotan yg besar dan boleh memuatkan barang yang banyak.Bila mentua membawa saging menantu sudah faham,” beritahu Bauk. Dimisus pula mengakui sejak saging tiba dia perlu bekerja lebih kuat untuk mengumpul wang bagi mengadakan pesta tinau.7 Malam Mabuk di Pesta TinauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nengkira Ibpersiapan untuk melakukan sesuatu umpamanya upacara keagamaan.Selepas itu kaum perempuan pun nengkira malam itu juga untuk digunakan semasa pindah keesokannya. Bila hari sudah siang orang pun pindahlah. Setiba mereka di rumah panjang yang baru itu, dilihat mereka rumah itu sudah beratap.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
aram-aram Tbkayu yang dilantak pada batang pokok untuk dijadikan tangga.Lalu mereka pun mengumpul kayu-kayu kecil untuk membuat aram-aram. Bila siap aram-aram itu, Songaki pun naiklah ke atas dan mulalah ia menebang.Sabah Folk Tales 1-7Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
ketam kelitak MSrsejenis ketam bakau.Tiba di satu selekoh, Anjang Husin membuat putaran yang mendadak. Beberapa ekor ketam kelitak yang merayap di dahan puncak pokok bakau yang separuh tenggelam, berterjunan ke dalam air bila terkena gegaran ombak dayung Anjang Husin.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas