sundait Kd | teka-teki. | Sundait adalah teka-teki kaum Kadazan/Dusun. Kegiatan berteka-teki berlaku bila-bila masa selepas tangkai pertama padi baru dituai dan sebelum penanaman benih semaian untuk musim akan datang dimulakan. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
miamuk Kd Tn | mengamuk. | Jadi bila waktu berasik, dia orang ambil itu gendang, pukul! Jadi dia pandai bercakap. Dia bilang, "Miamuk, miamuk (mengamuk)" dia bilang. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ajat Ib | tari. | Ajatnya tambah rancak bila ada tangan-tangan yang ramai bertepuk agak serentak. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
saging Mr | sejenis bakul rotan yg besar dan boleh memuatkan barang yang banyak. | “Bila mentua membawa saging menantu sudah faham,” beritahu Bauk. Dimisus pula mengakui sejak saging tiba dia perlu bekerja lebih kuat untuk mengumpul wang bagi mengadakan pesta tinau. | 7 Malam Mabuk di Pesta Tinau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nengkira Ib | persiapan untuk melakukan sesuatu umpamanya upacara keagamaan. | Selepas itu kaum perempuan pun nengkira malam itu juga untuk digunakan semasa pindah keesokannya. Bila hari sudah siang orang pun pindahlah. Setiba mereka di rumah panjang yang baru itu, dilihat mereka rumah itu sudah beratap. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aram-aram Tb | kayu yang dilantak pada batang pokok untuk dijadikan tangga. | Lalu mereka pun mengumpul kayu-kayu kecil untuk membuat aram-aram. Bila siap aram-aram itu, Songaki pun naiklah ke atas dan mulalah ia menebang. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ketam kelitak MSr | sejenis ketam bakau. | Tiba di satu selekoh, Anjang Husin membuat putaran yang mendadak. Beberapa ekor ketam kelitak yang merayap di dahan puncak pokok bakau yang separuh tenggelam, berterjunan ke dalam air bila terkena gegaran ombak dayung Anjang Husin. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |