Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. jumlah (banyak) barang dll: orang yg mengasihi kau lebih ramai ~nya drpd manusia yg membenci kau; hasil darab ini ialah suatu ~ genap; 2. lingkungan, golongan: ia termasuk ~ orang pandaipandai; 3. nasib yg sudah tertentu, waktu yg sudah tertentu; itu memang sudah ~nya itu memang sudah nasibnya; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 jumlah benda yg terkumpul; hitungan: Di kampung itu, orang yg baik lebih besar ~nya drpd orang jahat. 2 tempat kedudukan sesuatu angka dlm urutan angka yg bersiri; nombor: Dlm peperiksaan yg lalu, saya telah mendapat ~ yg ketujuh. 3 kelompok yg meliputi beberapa orang, kawasan dsb; golongan; lingkungan: Dia termasuk dlm ~ orang kaya-kaya di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilangan

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tunggal-menunggal MSrsepupu (dalam bilangan yang besar).Malah kalau ada cucunya yang hendak memakan sesuatu, terpaksa pula bersembunyi di balik pintu atau ke mana-mana sahaja asalkan dapat bersendirian. Hendak berkongsi adalah mustahil kerana bilangan mereka tunggal-menunggal terlalu ramai.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bangkawan Mrpenjodoh bilangan untuk atap.Walaupun telah dibuka tiga bangkawan atap dari bumbung rumah untuk dijadikan alas tempat haiwan yang akan dikorbankan.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sidak Ib, MSrmereka, dia (biasanya untuk merujuk kepada bilangan yang ramai), suatu panggilan yang hormat tanpa menyebut nama).Apalah nasib kita ni sidak, ada anak, tak sama dengan anak orang lain. Kenapalah Tuhan mengurniakan kita seekor ikan buntal yang tidak boleh berkata apa-apa melainkan berenang-renang di dalam tempayan! keluh Pak Kaduk akan nasib mereka itu.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas