pamiula Ir | acara berbalas pantun sambil dialunkan mengikut gesekan biola, biasanya antara seorang pemantun lelaki dan seorang atau beberapa pemantun wanita. | Bagi masyarakat Iranun, biola digesek ketika sesuatu majlis keramaian seperti menyambut kelahiran anak, majlis perkahwinan atau nazar dan dimainkan bagi mengiringi acara ‘pamiula’ atau bagi masyarakat bajau dipanggil isun-isun. | Keratan Akhbar Borneo Post | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
isun-isun Bj Sm | acara berbalas pantun sambil dialunkan mengikut gesekan biola, biasanya antara seorang pemantun lelaki dan seorang atau beberapa pemantun wanita. | Bagi masyarakat Iranun, biola digesek ketika sesuatu majlis keramaian seperti menyambut kelahiran anak, majlis perkahwinan atau nazar dan dimainkan bagi mengiringi acara ‘pamiula’ atau bagi masyarakat bajau dipanggil isun-isun. | Keratan Akhbar Borneo Post | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
guritik Ky | sejenis alat muzik tradisional. | Kesatuan bunyi muzik ini akan dimulai dengan gisikan biola, kemudian akan diikuti oleh petikan tangkung, ini diikuti pula oleh pukulan guritik dan akhir sekali pukulan dumbak - rebana. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gabang Bj, Sl, MSb | sejenis alat muzik yang dibuat daripada buluh dan besi. Ia diketuk untuk mengeluarkan bunyi. | Bunyi gesekan biola itu kini diiringi bunyi kulintangan, bebandil dan gabang yang berlenggok-lenggok di udara dan melayah turun, lalu menyapa mesra di copeng telinganya. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berbadil Bj, Mr Td | sejenis gong kecil. | Alat yang digunakan oleh para penari untuk menarikan tarian ini ialah gong, berbadil, biola dan juga flute. | Memuja Tuhan di Gunung Kinabalu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |