Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.sul] | بيسول

Definisi : bengkak yg bernanah dan bermata pd kulit; ~ gusi bengkak merah yg mengandungi nanah pd gusi gigi; ~ lada sj bisul kecil yg amat sakit; ~ sabut bisul besar yg banyak matanya; ~ selinap bisul yg tidak pecah (tetapi lama-kelamaan lisut); sbg ~ hampir memecah prb kesulitan yg hampir diatasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sul] | بيسول

Definisi : bengkak yg bernanah dan bermata pd kulit. ~ lada bisul yg kecil tetapi amat sakit. ~ sabut sj bisul yg besar lagi banyak matanya. ~ selinap bisul yg tidak memecah tetapi akan kecut dgn sendirinya. membisul menjadi bisul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisul

Peribahasa

Menyinggung mata bisul orang.

Bermaksud :

Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggetil puncak kedal orang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
puik Ibsejenis penyakit kudis seperti bisul.Orang ramai di rumah panjang itu memang tidak suka melihat mereka bertiga yang terlalu kotor kerana dihinggapi oleh lusong dan puik. Begitu juga dengan bapa saudara mereka, dia tak mahu serumah dengan mereka.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelindang Ibsejenis tumbuhan paku pakis, berbulu dan berlendir. Lendirnya boleh dibuat ubat bisul. Warnanya perang kehitaman.Semasa dia sudah hampir tiba di pekarangan rumah mentuanya dia mencabut sejenis rumpun paku yang disebut kelindang.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pau kelasih LBsejenis tumbuhan paku pakis, berbulu dan berlendir. Lendirnya boleh dibuat ubat bisul. Warnanya perang kehitaman.Kalau kamu mahu mengambilnya jangan kamu pakai kayu untuk memanjatkan batu itu kerana batu itu akan mudah terbakar. Batang pau kelasih (sejenis paku-pakis yang besar dari paku biasa dan berwarna perang) itu yang baik sekali.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas