tarum Ib | sejenis tumbuhan renek. Daripada tumbuhan ini terdapat bahan pewarna hitam yang boleh digunakan dalam proses mewarna kain tenun. | Kalau tidak keluar barulah menyulitkan. Cuba tumbukkan daun tarum bercampur dengan ubi kayu yang sudah diparut untuk saya. Selepas itu barulah saya melakukan upacara pelian,? kata Manang Gambi. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pudak Ib | sejenis pokok yang tumbuh di tepi sungai, daunnya seperti daun kari dan berbau wangi. Ia juga berbuih dan boleh digunakan sebagai syampu. | Kedatangan kami berdua ini memang ada tujuannya, Selain datang melawat ke sini, Kami berdua hendak menjinakkan Anak bunga pudak | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
racun menaun Tb | sejenis racun yang paling bias yang digunakan untuk membunuh musuh. Ia boleh digunakan atau disimpan selama bertahun-tahun. | Setahun kemudian Pak Semawit menemui ajalnya. Kata orang dia termakan racun menaun. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
papau Ib | sejenis burung yang membawa alamat menurut kepercayaan Iban. | “Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pangkas Ib | sejenis burung yang membawa alamat menurut kepercayaan Iban. | “Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belilit Kd | sejenis gelang yang diperbuat daripada tembaga yang digunakan di kaki atau tangan. | Belilit - ini sejenis gelang yang diperbuat daripada tembaga, boleh digunakan sebagai perhiasan di kaki ataupun di tangan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beragai Ib | sejenis burung yang dipercayai pembawa alamat baik atau buruk. | “Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aping Ib | sejenis pokok palma; kulitnya boleh dibuat benang tali kail atau jerat burung, umbutnya boleh dibuat sayur. Manakala lapisan habuk yang terdapat pada pokoknya boleh digunakan sebagai bahan untuk menyalakan api. | Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
embuas Ib | sejenis burung yang dikatakan membawa alamat baik atau buruk menurut kepercayaan masyarakat Iban. | “Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bejampong, *bejampung* Ib | sejenis burung yang dipercayai boleh membawa alamat baik atau alamat buruk. | “Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |