Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.tol] | بوتول

Definisi : bekas drpd kaca dll tempat menyimpan cecair (spt minyak, minuman, dll); ~ air panas termos; berbotol diisi (dijual dsb) dlm botol; minuman ~;berbotol-botol banyak bilangan botol: ~ minuman sudah dibahagi-bahagikan;membotolkan mengisi ke dlm botol: ~ minuman;pembotolan proses (kerja) membotolkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.tol] | بوتول

Definisi : bekas yg bermacam-macam bentuknya dan dibuat drpd kaca atau plastik (utk diisi dgn benda-benda cair). membotolkan memasukkan ke dlm botol. pembotolan proses membotolkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata botol


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ensurai Ibsejenis pokok yang tumbuh di tebing hulu sungai; Dipcrocaspus oblongikolus, buahnya seperti buah engkabang dan boleh dimakan.Kalau tidak ranting-ranting, botol-botol, sampah-sarap dan batang ensurai ditunda perlahan menyaratkan sungai itu.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sudap, *sulap* Kd, MSbdangau, pondok.“Enandakan, kau tidak turun ke?” Edinya melaung dari arah belakang sudap. Dalam keadaan separuh sedar, Enandakan mencapai botol dan meneguk sebelum melangkah ke sawah. Matahari masih terik dan Enandakan semakin lemas dalam denyut nafas yang kian lemah.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menuntum Ib, MSrmeminum sesuatu terus dari botolnya.Tidak ada yang tidak mungkin. Selera hendak mabuk itu datang sendiri apabila melihat teman menuntum botol langkau atau secara yang lebih sopan, meneguk dari gelas atau cangkir.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
langkau MSrjenama kepada air tapai suling.Petang itu, Josika sudah mula berasa sesuatu yang tidak kena akan berlaku. Sesuatu yang jahat, yang tidak disukainya. Bapa mentuanya membeli tujuh puluh botol langkau. Seribu orang pun yang datang akan terhuyung-hayang semuanya.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas