bangkala Kd KP | sejenis bubu. | Mereka menangkap ikan di sawah-sawah padi, kolam dan sungai yang berhampiran dengan menggunakan jala, pukat dan alat-alat penangkap ikan tradisional seperti "siud", "savak", bubu, "bangkala" dan "tambong". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ensenga Ib | bubu atau lukah yang diperbuat daripada ruas buluh yang dibelah di sebelah satu hujung. Perangkap ini diletakkan di sungai dengan bahagian terbukanya ke arah hulu sungai sejenis perangkap ikan. | Apabila usia mereka meningkat tujuh tahun lapan bulan, mereka sentiasa menjadi ketua kanak-kanak lain semasa bermain, menjala dan mengail ikan, menahan bubu dan ensenga. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
taleb LB | sejenis alat menangkap ikan seperti bubu tetapi ia dipasang mengikut arus dan mempunyai umpan yang selalunya daripada daging, ubi dan sebagainya. | Mereka pun mula membuat taleb dan memasangnya di dalam lubuk itu. Terdapat banyak ikan datang apabila mereka menaruh umpan ubi ke dalam taleb itu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mering LB | sejenis perangkap ikan berbentuk seperti bubu tetapi ia tidak mempunyai injap dan dipasang secara melawan arus. Ia diperbuat daripada buluh. | Di hilir sungai itu ada sebuah mering kepunyaan Angi. Libau pun naik ke atas tebing dan menghampiri pondok Angi tadi. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mogiyon-iyon Kd KB | sejenis roh jahat. | 20. Mogiyon-iyon – Semangat bubu atau lukah menangkap ikan, kalau tidak diberi ikan maka habislah ikan di dalam bubuh dimakannya. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tambong Kd Tn | sejenis alat menangkap ikan. | Mereka menangkap ikan di sawah-sawah padi, kolam dan sungai yang berhampiran dengan menggunakan jala, pukat dan alat-alat penangkap ikan tradisional seperti "siud", "savak", bubu, "bangkala" dan "tambong". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tengang Ib | sejenis akar; seratnya kuat dan dapat digunakan sebagai benang untuk membuat tali kail, jerat dan jala. | Ikan ditangkap dengan pancing. Talinya diperbuat daripada benang yang didapati dari sejenis akar iaitu tengang. Bubu digunakan di sungai yang besar dan ensenga digunakan di anak sungai. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
savak Kd | sejenis penangkap ikan seperti siud (besar). | Mereka menangkap ikan di sawah-sawah padi, kolam dan sungai yang berhampiran dengan menggunakan jala, pukat dan alat-alat penangkap ikan tradisional seperti "siud", "savak", bubu, "bangkala" dan "tambong". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |