mogiyon-iyon Kd KB | sejenis roh jahat. | 20. Mogiyon-iyon – Semangat bubu atau lukah menangkap ikan, kalau tidak diberi ikan maka habislah ikan di dalam bubuh dimakannya. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
riribu Kd, Bj, Tb | sejenis nyiru berbentuk lonjong yang digunakan untuk menampi beras. | Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kasip Kd | perangkap yang dipasang di dahan pokok untuk menangkap haiwan kecil seperti tupai. | Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bohungon Kd | alat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh. | Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wakid Kd, Tb | bekas yang diperbuat daripada bambu yang dijalin untuk mengisi barang dengan cara dipikul di belakang si pembawa. Ia biasanya digunakan untuk membawa barang berat seperti durian, beras dan sebagainya. | Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |