chapan Ib | nyiru yang dibuat daripada bemban atau buluh. Mempunyai dua bucu dan di hadapannya berbentuk melengkung. | Baiklah, kata emaknya. Emaknya hanya dapat mendengar suara anaknya tetapi anaknya tidak kelihatan. Emaknya mengambil chapan dan meletakkan ikan di dalamnya. Kemudian emaknya pun memasak ikan itu. Setelah memasak mereka pun makan. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sikutan Tb | Bakul berbentuk bulat, bermulut bujur, berbingkai kejap dengan ikatan rotan beraut halus, anyaman simpai sembilan, keempat-empat bucu bawahnya pula terhias dengan suji rotan beraut bulat yang terikat pada bilah-bilah penahan dengan ikatan tulang belut. | “Kalau saya beli sikutan itu tentu Intang mahu jual, bukan?” | Sikutan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
almanis Bj, Sl | hiasan pada bahagian dada baju sigpit alal bimbang. Perhiasan ini seperti kerongsang dibuat daripada emas dan dijahit terus pada baju. Satu set al-manis terdiri daripada 15 keping, disusun tujuh sebelah dan satu bucu di bahagian bawah dada. | Baju sigpit alal bimbang sepadan dengan tubuhnya yang langsing. Mengikut bentuk badan dan berwarna ungu, dihiasi almanis di bahagian dadanya. Saire mengayun-ayun tangannya. | Sejambak Bunga Emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |