tumpik Bj Sm, Tb | sejenis kapal. | Ya. Bukankah kakak lari dari kapal tumpik yang membawa kakak belayar dari Johor untuk dikahwinkan dengan Sultan Sulu? tanya Karini. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tuhau Tb | sejenis tumbuhan (Zingiber spp.) yg umbutnya dibuat ulam, sayur. | “Tuhau...! Bukankah tuhau tu buang angin. Ini mesti badan kau banyak angin.” Ah Meng mencelah dalam keriuhan rakan-rakan lain yang masih menahan perut dengan telatah Julius. | Kuasa politik | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
buru Tb | hantaran perkahwinan. | Nanak akhirnya mengeluh. Ada rasa kesal. Fasal buru, fasal kahwin, tanah terpaksa dijual. Bukankah bodoh namanya. Pada Nanak tanah sekarang bukan senang nak dapat. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
punsuan Tb | busut yang dijadikan sebagai tempat memanggil semangat padi. | Memang. Sebetulnya sudah kuduga, pak cik. Dia memang tidak setuju dengan rancangan ini. Dia mahu kita lakukan cara dulu. Cara kita yang mesti ada punsuan linamin dan sebagainya. Bukankah itu sudah ketinggalan zaman? | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linamin Tb | tempat khas untuk menyimpan padi yang dituai, kepuk padi. | Memang. Sebetulnya sudah kuduga, pakcik. Dia memang tidak setuju dengan rancangan ini. Dia mahu kita lakukan cara dulu. Cara kita yang mesti ada punsuan linamin dan sebagainya. Bukankah itu sudah ketinggalan zaman? | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |