asam membangan, *asam embang* Ib, MSr | sejenis pokok tinggi, berdaun besar dan lebar (pucuk muda boleh dibuat ulam). Buahnya bulat berwarna kuning dan boleh dimakan. Bijinya dibakar sebelum dimakan. | Kalau musim buah, sambal asam membangan dan gulai pucuk ubi masak lemak lagi hebat, fikirnya. Liau Tangah sendawa. Dia melunjurkan kakinya sambil bersandar pada dinding. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tunggul-tunggul Bj | bendera yang dipacak pada tanah pada hari perkahwinan atau di atas kubur. | KEBERANGKATAN Nanak tidak dihantar dengan paluan tenggugu. Tidak juga dihantar dengan hiasan pisang-pisang dan tunggul-tunggul. Hari itu Nanak cuma diiringi oleh deraian air mata seorang ibu dan resahnya hati seorang gadis yang bermata bulat dan ayu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pisang-pisang Bj, Tb | sejenis perhiasan pada hari perkahwinan yang berbentuk bendera tiga segi yang dipacak pada tanah. | KEBERANGKATAN Nanak tidak dihantar dengan paluan tenggugu. Tidak juga dihantar dengan hiasan pisang-pisang dan tunggul-tunggul. Hari itu Nanak cuma diiringi oleh deraian air mata seorang ibu dan resahnya hati seorang gadis yang bermata bulat dan ayu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |