aki kapuuno Mr | pencipta langit dan bumi. | Dengan biasiswa itu, dia mendaki satu demi satu tangga untuk menuju kejayaan. Dia terlupa langsung tentang kewujudan kuasa ghaib tertinggi yang mereka kenali sebagai aki kopuuno, pencipta langit dan bumi serta segala makhluk di atasnya. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
minorit Kd KB | sejenis roh baik. | 9. Minorit – Tinggal di bawah bumi, tidak mengganggu manusia. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lakatan Ky | pulut. | Separuh dari tabasannya akan ditanam lakatan (pulut) kuning. Rezeki di muka bumi adalah kurniaan Tuhan. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
patara, *petara* Ib | dewa. | Akan sihatlah kamu kata Betara Simpandai, Kaya kata Anda Mara, Dirgahayu sumpah Hantu, Baik segala-galanya restui Petara. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selanji Ib | sebakul. | Hm... m.... m, syukurlah kalau mendapat selanji hasil,” keluh Kemuja sambil mengubah tali bakul dengan tangannya. Kemudian dia menuai semula. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empasan Ib | sejenis rumput yang tinggi; daun tajam dan batang berbentuk segi tiga. | Dibantunnya pucuk empasan dan diselitkan pada lipatan kain penutup kepalanya. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tompuan Kd KB | sejenis roh jahat. | 22. Tompuan – Roh bahan gunaan hidup manusia sehari-hari, kadangkala menjadi mimpi berkelamin antara lelaki dan perempuan. Tempat tinggalnya di bumi dan di kayangan. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ubi abok, *ubi abuk* Ib | ubi keledek. | “Oh, mereka ini sudah mulai menggali ubi abok,” kata gadis-gadis, menyindir Angap dan Senurok yang sudah mulai mabuk. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aya Ib | 1. bapa saudara. | Memang ada. Hanya tidak ada untuk diniagakan,” sindir Umang Kelebat. Itulah yang menyebabkan gadis-gadis masih terpikat sampai sekarang, ya aya? sambung Senurok. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melaban Ib | sejenis pokok yang tumbuh di hutan. | Selepas Puteri itu mandi, tubuhnya bertukar muda kembali. Sebenarnya kulit pokok melaban sentiasa berganti-ganti, dan begitu juga sekiranya seorang manusia di bumi memiliki tangkal batu kulit melaban, dia tidak berubah menjadi tua walaupun usianya telah meningkat. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |