Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cacat, cela (sedikit): tuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini; 2. luka (patah tulang dsb): tiga orang telah ~ dlm kemalangan itu; 3. menderita, merana, celaka, rugi: kena ~ Mn a) didatangi musuh dgn tiba-tiba, digeledah dgn tiba-tiba; b) dianiayai (dicelakakan) orang; c) menderita kerana pekerjaan berat dll; mencedera Mn mendatangi (menggeledah) dgn tiba-tiba; mencederakan menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dsb): mereka telah ~ beberapa orang musuh; tercedera 1. mendapat cedera (luka, patah, dsb): ayah Hilmi ~ dlm satu serangan; 2. Mn merana; kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cedera I


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
membuntas, *muntas* Ibmembedah.Adu Apai Jingan cedera parah; peluru masuk dari dada dan berbonjol di sebelah belakangnya menyebabkan dia sering muntah darah. Oleh kerana hendak cepat lari mereka tiada cara untuk mengubati kecederaan Apai Jingan ini. Setelah sampai di Sarawak (sekarang Kuching) barulah Kedit membuntas dan mengeluarkan peluru dari belakang Adu dengan hujung pedangnya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas