giak II Ib, Kh, MSr | kayu penahan timbau (dinding tambahan pada perahu). | Tangkas tangannya mencengkam erat hujung jangkar yang tergeliat menekan giak depan perahu. Sambil melonjak-lonjakkan tubuhnya, Anjang Husin cuba menolak jangkar sekuat tenaga. | Antologi Cerpen Hati (15 Cerpen dari Bumi Kenyalang) | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dipolah MSr | dilakukan. | Mun sik, apa nak dipolahnya besar dudi hari kelak. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lakatan Ky | pulut. | Separuh dari tabasannya akan ditanam lakatan (pulut) kuning. Rezeki di muka bumi adalah kurniaan Tuhan. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tabasan Ky | tempat untuk menanam padi. | Orang-orang kampung tidak pernah tebang pokok-pokok besar walaupun di tengah-tengah tabasan padi. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
latuk Ib, Ml | sejenis parang pendek untuk kegunaan umum. | Sesekali akar tigis dan kuku helang yang menghalang perjalanannya dihayunkannya dengan latuk. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dudi Ib, MSr, Sk | kemudian, kelak. | Mun sik, apa nak dipolahnya besar dudi hari kelak. Dah pun kitak si tada bereta. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mun MSr | kalau. | Anak mesti dihantar ke sekolah. "Anak mesti dihantar ke sekolah. Mun sik, apa nak dipolahnya besar dudi hari kelak. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kitak Ib, MSr | ganti nama kedua (jamak). | Mun anak tok pande kelak, muak juak kitak," tegas ibuku. Ibuku memang kuat meleter ayahku. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
seledok, *seliduok* Ml, MSr | alat untuk menangguk ikan. | Pak Ngah mencapai seledoknya. Dihulurkannya ke dalam air. Perlahan-lahan Pak Ngah pegang hujung joran tautnya. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selambo Ml, MSr | pukat tunda. | Selambo atau pukat tunda atau pukat harimau seperti yang biasa disebut orang, digunakan oleh bot-bot menangkap ikan di laut. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |