Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ca/] | چيچق

Definisi : sj reptilia kecil (badan dan ekornya pan­jang dan kakinya empat), Hemidactylus spp.; ~ kubin a) sj reptilia, Draco volans; b) ki (orang yg) sangat kurus; ~ terbang sj reptilia, Ptychozoon kuhli; spt ~ makan kapur prb a) beroleh malu kerana kesalahannya sendiri; b) bersenang hati (gembira). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ca/] | چيچق

Definisi : binatang reptilia yg bentuk badannya seakan-akan biawak tetapi jauh lebih kecil (biasa terdapat di dlm rumah), Hemidactylus spp.. ~ kubin a. nama sj binatang reptilia, Draco volans. b. ki orang yg sangat kurus. ~ terbang nama sj binatang reptilia, Ptychozoon kuhli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cicak

Puisi
 

Anak cicak Kuala Selambah,
     Kuala Selambah molek pagi;
Abang minta adik tak ambuh,
     Adik malas berlaki lagi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti cicak makan kapur.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tengkerong Tbcicak tokek.Setelah ia menyatakan demikian, anak muda itu pun menggoncangkan badannya dan lantas menjelmalah ia menjadi seekor cicak tengkerong.Sabah Folk Tales 1-7Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
tuchok, *tuchuk* Ibcicak liar.Semasa berhuma, kalau ada mendengar bunyi tuchok pada waktu siang, petanda ini sungguh baik. Ia menunjukkan rezeki itu akan meningkat atau bertambah.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas