Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ba] | چوبا

Definisi : 1. haraplah, hendaklah, silalah, sudilah (sbg mengajak atau menyuruh secara halus): ~ kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu; ~ marah budak-budak itu; 2. sr kata utk menyatakan marah (kesal dll): ~, apa yg telah kauperbuat! 3. = ~ kalau sekira­nya, seandainya: ~ kalau abangnya ada di situ, tentu saja bergaduh tadi; cuba-cuba hanya menguji-uji saja (utk me­ngetahui dll): percaya dgn tiada ~; mencuba 1. berusaha utk membuat (mem­peroleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidak­nya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (ke­bolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; mencubakan 1. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidak­nya, dll), mencuba: silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan; 2. menguji (memeriksa) sesuatu dgn menggunakannya: elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dlm perbincangan itu nanti; cubaan 1. sesuatu yg dialami (dilakukan) utk mencuba (menguji), ujian, dugaan: kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; 2. usaha (utk mencapai sesuatu): pd kurun ke-20 telah ada ~ utk memahami Islam; percubaan 1. usaha utk melakukan (men­jayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu: dlm ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya; 2. usaha (perbuatan dsb) yg belum pernah dilaku­kan sebelumnya, eksperimen: ~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yg amat menggalakkan; Ramli Isin juga merupakan pengkritik yg memberi perhatian kpd karya-karya yg bersifat ~; 3. penyelidikan dan usaha utk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu: beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yg baru ini; kebun ~; 4. usaha atau perbuatan utk mencuba sesuatu (utk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dll), ujian: ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan; pencubaan perihal (usaha dsb) mencuba (kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ba] | چوبا

Definisi : 1 kata yg dituturkan utk mengajak atau utk menyuruh secara halus; silalah; haraplah: ~ saudara fikirkan perkara ini dalam-dalam sebelum bertindak. 2 = ~ kata sekiranya; seandainya: ~ tidak ada orang di situ tadi, mati engkau dikerja­kannya. cuba-cuba sbg ujian saja; menguji-uji saja: Hanya ~, barangkali dpt sembuh penyakitnya. bercuba dpt atau sudah dicuba (ttg kekuatan, ketahanan dsb sesuatu). mencuba 1 melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2 memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak: ~ baju; ~ sepatu. 3 berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4 mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5 menguji (kepandaian dll): Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja. mencubakan menggunakan sesuatu utk menguji: Ubat ini sudah dicubakan kpd beribu-ribu orang. cubaan sesuatu yg dilakukan (dialami) utk mecuba; ujian; dugaan: Sabarlah menerima ~ Tuhan. percubaan 1 usaha utk mencuba atau menguji sesuatu: ~ menanam padi Malinja sangat berjaya. Pelajar-pelajar telah mengadakan ~ sains di bilik makmal. 2 belum ditetapkan lagi (ttg seseorang pekerja dlm jawatannya) kerana belum lulus peperiksaan dsb: Si anu itu sudah tiga tahun bekerja, tetapi masih dlm ~. pencubaan perbuatan (hal, cara dll) mencuba atau mencuba­kan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuba

Puisi
 

Cuba-cuba menanam sirih,
     Takut nak ada tumbuh sulurnya;
Cuba-cuba merebut kasih,
     Takut nak ada unjuk hulurnya.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Gamak-gamak seperti menyambal.

Bermaksud :

Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kakaung Mr Tlsejenis alat tradisi kaum Murut berbentuk tangguk yang digunakan untuk menangkap ikan, udang dsb di sungai kecil, kolam dll.Ia pun membawa kakaung dan bakulnya lalu jalan sehingga tanah rata itu di mana ia cuba dan cuba menangkap udang tetapi tidak ada udang yang diperolehinya.Sabah Folk Tales 1-7.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
ondu II, *tonduk* Kdperempuan.Enandakan terasa rambutnya dielus mesra. Dia cuba kembalikan kepada dirinya. Tetapi kalimat kudus yang didengarnya melalui mulut pada ondu dan edi serta emak mentuanya sesekali menggegarkan perasaan.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bisik Ibada.“Haiyaa, nuan bisik dengar berita wai” Tanya tauke Cina berseluar katuk perut buncit itu kepadanya. Dia cuba melatih percakapan Ibannya supaya lebih disenangi oleh ketua masyarakat di kawasannya itu.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tarum Ibsejenis tumbuhan renek. Daripada tumbuhan ini terdapat bahan pewarna hitam yang boleh digunakan dalam proses mewarna kain tenun.Kalau tidak keluar barulah menyulitkan. Cuba tumbukkan daun tarum bercampur dengan ubi kayu yang sudah diparut untuk saya. Selepas itu barulah saya melakukan upacara pelian,? kata Manang Gambi.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pelian Ibcara pengubatan yang dilakukan oleh manang dengan menggunakan nada suara yang berlainan semasa membaca mantera, jampi dan sebagainya mengikut jenis penyakit.Kalau tidak keluar barulah menyulitkan. Cuba tumbukkan daun tarum bercampur dengan ubi kayu yang sudah diparut untuk saya. Selepas itu barulah saya melakukan upacara pelian,? kata Manang Gambi.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pedera Ibsejenis penyakit; pesakit akan merasa sakit kepala dan mual. Menurut kepercayaan masyarakat Iban, penyakit ini akibat teguran daripada roh orang yang sudah meninggal.“Mungkin sakit pedera. Mari, saya cuba sembuhkan,” kata Kemuja. “Sakit pedera tidak seperti ini selama... Wak... wak... wak!” Madu terasa hendak muntah.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
giak II Ib, Kh, MSrkayu penahan timbau (dinding tambahan pada perahu).Tangkas tangannya mencengkam erat hujung jangkar yang tergeliat menekan giak depan perahu. Sambil melonjak-lonjakkan tubuhnya, Anjang Husin cuba menolak jangkar sekuat tenaga.Antologi Cerpen Hati (15 Cerpen dari Bumi Kenyalang)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
entenong, *entenung* Ibsejenis pokok yang berbatang lurus, kulitnya lembut dan boleh dibuat bekas besar untuk menyimpan padi.Apakah jenis tangga yang dapat menampung berat isteri awak ini? tanya Nabau. "Cuba ambil kayu entenong sebesar betis untuk tangganya," kata Baring.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
aman Kd, Mrsapaan hormat untuk lelaki yang lebih tua.Ya, sahut Mogan bangga "Jangan resah Aman, saya selalu pandu Land Cruiser ke Nabawan, Dalit, Kelampun dan Batu Lunguyan," kata Mogan cuba meyakini Encik Safuan.Pelangi Selepas HujanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
piau Mlbarang kepunyaan si mati atau pemberian orang yang dihantar ke kubur semasa pengkebumian (contohnya pinggan mangkuk kepunyaan si mati). Ia sama ada dikuburkan bersama atau diletakkan di atas kubur.Meligun, barang tu susah sikit, Lam. Kau pun tahu itu piau yang paling berharga.Dia cuba menerangkan pada Salam. "Ini pun terlanjur saya jumpa semasa saya tolong menggali dua hari lepas." Dia menerangkan keadaan dia terjumpa selepak itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas