Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.cu] | چوچو

Definisi : keturunan peringkat kedua (iaitu sepe­ringkat selepas anak), anak kpd anak seseorang; ~ Adam manusia; ~-cicit = anak ~ keturunan; bercucu mempunyai cucu; ~-cicit mempun­yai cucu dan cicit (mempunyai keturunan); beranak ~ mempunyai anak yg kemudiannya beranak pula (mempunyai keturunan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.cu] | چوچو

Definisi : anak kpd anak; keturunan peringkat yg kedua. ~ Adam manusia. anak ~ keturunan. bercucu mempunyai cucu: beranak ~ mempunyai anak yg kemudiannya ada anak pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cucu

Puisi
 

Al-Hassani wal Hussain,
     Wahai cucu Rasulullah;
Wafat Hassan tinggal Hussain,
     Hassan/Hussain Wafat perang sabillullah.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
chemaru Ibbadak.“Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tanju Ibpelantar rumah panjang biasanya digunakan untuk menjemur padi.Tidurlah cucu, jawab Raja Langit. Apabila Raja Langit masuk ke bilik mereka berdua pun pergi ke tanju. Dari tanju itu mereka melihat tempat tidur cucu Raja Langit.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
galang Ibkiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya.“Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyadi Ibtanduk jadian (rusa, pelanduk, kijang) yang bertukar menjadi batu dan boleh dijadikan ubat.Pelanduk juga berjanji untuk berpesan kepada cucu-cicitnya supaya menghadiahkan manusia dengan tanduk nyadi untuk dijadikan tangkal.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sogit Kd, Tbdenda.Pancuran yang khas untuk wanita-wanita mandi itu selamat tidak ada jejaka yang boleh mengintip mereka mandi. Sogitnya berat, malunya pun sampai ke anak cucu.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
si'eng Bdnama keluarga dalam masyarakat Cina seperti Lim, Tan, Wong dsb. (Nama ini diwarisi daripada sebelah ayah, bukan sebelah ibu).Budak itu darah dagingnya. Malah itulah cucu lelakinya yang pertama biarpun sudah lain si'eng. Ah Keong bergegas ke dapur. Dicabutnya badik tajam yang biasa digunakan semasa membakar daging.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas