Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.da] | دادا

Definisi : 1. bahagian tubuh yg di hadapan terletak di antara perut dgn leher; 2. = buah ~ susu (tetek) perempuan; 3. = rongga ~ ruang dada yg mengandungi jantung dan paru-paru; mem­busungkan ~ ki membanggakan diri, mem­per­lihatkan lagak sombong; 4. bahagian yg bertentangan dgn tulang belakang buku; ~ akhbar halaman hadapan akhbar; ~ ayam = ~ burung dada yg bergembung ke atas; ~ bidang dada yg lebar; ~ lapang ki sabar, tidak pemarah; ~ lega ki senang hati; (dgn) ~ terbuka (dgn) rela, (dgn) ikhlas; ~ manusia tidak dapat diselam prb fikiran atau isi hati orang tidak dapat diduga; belah ~ lihatlah hati prb berkata dgn benar; seluas ~ tuma prb terlalu sempit; tepuk ~ tanya selera prb berfikir dahulu sebelum membuat keputus­an; tiba di ~ dibusungkan, tiba di perut di­kempiskan prb perlakuan yg tidak adil; berdada mempunyai dada yg penuh (berisi); berdada-dadaan berlawan satu sama satu, bertempur seorang lawan seorang; mendada 1. = berjalan ~ berjalan dgn mem­busungkan dada, berjalan dgn sikap angkuh atau perasaan megah: dia berjalan ~ dgn tidak memandang ke kiri dan ke kanan; 2. menahan (menangkis) dgn dada; 3. berdada-dadaan; perang ~ perang (pertempuran) se­orang lawan seorang; dadaan bahagian badan sebelah perut (ha­dapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : ; ~ ruan sj tumbuhan (pokok), petaling air, Homalium frustescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : bahagian tubuh yg di hadapan di antara perut dgn leher: ~nya bidang. mendada 1 berjalan dgn membusungkan dada: Jalannya ~ saja, tidak memandang ke kiri atau ke kanan. 2 menahan (menangkis) bola dsb dgn dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dada

Puisi
 

Anak dara pandai bergaya,
     Kain sempit berbelah dada;
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
     Rajin bersolek malas bekerja.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Belah dada lihatlah hati.

Bermaksud :

Berkata benar.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
almanis Bj, Slhiasan pada bahagian dada baju sigpit alal bimbang. Perhiasan ini seperti kerongsang dibuat daripada emas dan dijahit terus pada baju. Satu set al-manis terdiri daripada 15 keping, disusun tujuh sebelah dan satu bucu di bahagian bawah dada.Baju sigpit alal bimbang sepadan dengan tubuhnya yang langsing. Mengikut bentuk badan dan berwarna ungu, dihiasi almanis di bahagian dadanya. Saire mengayun-ayun tangannya.Sejambak Bunga EmasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kurisang Mr Tdkerongsang.Geroncong - Kurisang iaitu sejenis pin penyemat belahan dada baju selalunya diperbuat daripada ringgit perak.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
membuntas, *muntas* Ibmembedah.Adu Apai Jingan cedera parah; peluru masuk dari dada dan berbonjol di sebelah belakangnya menyebabkan dia sering muntah darah. Oleh kerana hendak cepat lari mereka tiada cara untuk mengubati kecederaan Apai Jingan ini. Setelah sampai di Sarawak (sekarang Kuching) barulah Kedit membuntas dan mengeluarkan peluru dari belakang Adu dengan hujung pedangnya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
linungkitan, *linangkitan* Kd Kmkain yang dihiasi linangkit.Linungkitan - sekeping kain yang digunakan untuk penutup dada ianya disematkan dengan `rindawog' yang diperbuat daripada rotan yang diwarnakan beraneka jenis.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
limun Bj Smberkenaan sesuatu yg samar-samar atau belum kelihatan.“Emboh Temah, Embo Nukung, janganlah kiranya kalian mendabik dada dengan kemenangan awal yang kita kecapi kerana perjuangan kita masih limun dan sudah pastilah Belah Darag tidak berpuas hati dengan kekalahan yang dialami,” Embo Bani mengingatkan kedua-dua orang wira Desa Selengkutai itu. Embo Bani tahu tidak akan berdiam diri.NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kumagi Kd Lt1. selempang.Mula-mula gonob, diikuti oleh sukup kopio, kemudian gonob diikat dengan portinah. Kumagi akan dipakai secara menyelimpang di bahagian dada (seperti huruf X).Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
dapun MBrsejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna.Perhiasan di bahagian dada ialah dapun, iaitu sejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sukup kopio Kd Ltbaju tradisional wanita.Mula-mula gonob, diikuti oleh sukup kopio, kemudian gonob diikat dengan portinah. Kumagi akan dipakai secara menyelimpang di bahagian dada (seperti huruf X).Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
portinah, *portina* Kd Lttali pinggang yang diperbuat daripada suasa dan kain.Mula-mula gonob, diikuti oleh sukup kopio, kemudian gonob diikat dengan portinah. Kumagi akan dipakai secara menyelimpang di bahagian dada (seperti huruf X).Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas