Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : barang-barang yg dipikul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ga.ngan] | داݢڠن

Definisi : 1 barang-barang yg diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri drpd kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dagangan

Puisi
 

Bawa mari ke kedai Cina,
     Kerana itu buah dagangan;
Hidup kita biar sempurna,
     Kerana dunia ini adalah tumpangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dagangan bersambut yang dijualnya.

Bermaksud :

Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. dagangan bersambut = barang amanah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bungun Kdalat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh.Kalau orang-orang di sini membawa barang-barang dagangan, mereka menggunakan ikutan sejenis raga yang diletakkan di belakang si pembawa itu. Ada juga orang menyebut bungun.Diari K. BaliGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
keningau Kdsejenis tumbuhan (pokok yg kulitnya manis); Cinnamomum zeylanicum.Keningau berasal daripada nama pokok kayu iaitu "kayu manis" (sejenis rempah). Orang-orang Dusun memanggil daerah ini Keningau kerana daerah ini katanya terlalu banyak mengeluarkan kayu manis. Kayu manis menjadi barang dagangan kepada penduduk-penduduk di sini.Diari K. BaliGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas