Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. antara, di kalangan: ~ mereka yg bertiga belas itu ada yg bergirang-girang; 2. di dalam (bukan di luar lingkungan dsb sesuatu): ~ Wilayah Persekutuan; ~ bidang mata pelajaran tersebut; 3. sambil: ~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat; 4. pd waktu (tertentu): kita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; dia masih ~ pantang lagi; ~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yg baru menjadi janda); ~ negeri (dlm) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja; ~ tangan dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; ~ dua tengah tiga prb tidak jujur; kilat di ~ kilau prb tujuan (maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 mengenai; tentang; berkenaan dgn: Dia memang pakar ~ hal itu. 2 selama masa tertentu; pd waktu tertentu: ~ masa dua jam lagi, ia akan sampai. 3 di kalangan; di antara: ~ mereka yg ramai itu, ada yg pandai bermain piano. 4 mengalami; ditimpa: Para nelayan ~ keadaan susah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam II


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
utik II Mr Tlkapak.Selepas belukar ditebasi, petani itu bergerak ke satu peringkat yang dipanggil antahar. Dalam peringkat ini, beliau menebang semua pokok-pokok besar dengan menggunakan kapak (utik). Selepas ditebang pokok-pokok ini dibiarkan kering.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lontong II Mrsejenis racun yang dirumus daripada bisa ular tedung, getah ipuh dan pelbagai bahan lain.“Kau termakan lontong yang disumbat dalam pisang,” kata bomoh tersebut mengeleng-geleng. Harapan Manasuk untuk sembuh tipis sekali. Setakat ini tiada mangsa lontong yang selamat walaupun bomoh paling hebat dipanggil merawatnya.Perut Meletup Angkara LontongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tu'ung, *tuung* MSbbekas.ii) Untuk batang padi yang diketam dengan sabit maka batang-batang ini ditumpukkan di atas tikar dan kemudiannya dibanting ke dalam bekas (tu'ung) yang dipasang dengan adangan.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ilang II Ib, Kn, Khsejenis parang, matanya rata pada satu bahagian dan melengkung pada bahagian yang lain, hulunya bercabang, biasanya digunakan untuk ngayau.Pada ilang, darah masih mengalir jatuh ke dalam lubang.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas