Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari daripada

Peribahasa

Mengaji daripada alif,
     membilang daripada esa;
sakit bermula,
     mati bersebab,
hujan berpokok,
     kata berpangkal.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).

 

Lihat selanjutnya...(9)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
rupor MSbkelim pada kain.Kain - daripada jenis kain songket dari sebarang warna - selalunya warna biru sebagai warna pilihan dan warna merah jingga. Di bahagian belakang kain itu akan dirupor. Rupor ini dikenali dengan tapih pada bahasa Berunai.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
dapun MBrsejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna.Perhiasan di bahagian dada ialah dapun, iaitu sejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
suki Kdbekas kecil yang dibuat daripada buluh yang digunakan untuk minum tapai.Kali ini mereka minum tapai dari suki, dengan menghisap terus air tapai dari tempayannya. Tidak lagi menggunakan gelas ataupun mangkuk.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bakokong Mrsejenis alat muzik yang terdiri daripada sebelas buah batang buluh yang terdiri daripada Talison dan kotang-kontangan di mana bentuknya seruas/tiga ruas seperti Tagunggak dan dimainkan secara solo.Panjang sebatang Talison pada alat Bakokong ini tidak lebih dari dua kaki (60 centimeter) sahaja, manakala ukuran pada sebatang Kotang-kotongan yang paling pendek dan kecil tidak lebih dari 0.5 kaki atau 15 centimeter sahaja.Bakokong Dimain Untuk Hilang PenatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
towon Kdketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri dororongan.Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada lapeson, ribadon, lamboson dan tongon.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
toroloi Kdketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri dororongan.Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada lapeson, ribadon, lamboson dan tongon.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
korandabit Kdbahagian alat muzik sompoton yg terdiri daripada buluh sumbiling yang kedua dan ketiga panjang.Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah.Sompoton erat kembali talian suami isteriGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tengang Ibsejenis akar; seratnya kuat dan dapat digunakan sebagai benang untuk membuat tali kail, jerat dan jala.Ikan ditangkap dengan pancing. Talinya diperbuat daripada benang yang didapati dari sejenis akar iaitu tengang. Bubu digunakan di sungai yang besar dan ensenga digunakan di anak sungai.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tompek ambulung Bj Smlempeng sagu.Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
embok-embok Bj Smdatuk, nenek.Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234

Kembali ke atas