terloek MSr | terkeluar sedikit makanan dari mulut. | Di bawah pipi kanannya yang menyengat terjelepak longgokan putah yang terloek dari perut dan terpacul dari kerongkong dan mulut. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
putah Sk | isi perut/makanan yang dimuntahkan apabila mabuk. | Di bawah pipi kanannya yang menyengat terjelepak longgokan putah yang terloek dari perut dan terpacul dari kerongkong dan mulut. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngelala Ib, MSr | mengenal, mengecam. | Di hadapannya kelihatan beberapa orang pelanggan yang sibuk melayan selera memilih jenis kuih yang hendak dibeli. Dari jarak begitu dia tidak dapat ngelala semua orang, mungkin dari Kampung Lintang dan tidak mustahil juga mereka dari Jalan Istana. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gumazad Kd | upacara menghalau hantu dari rumah baru. | Upacara Gumazad ini diadakan adalah untuk menghalau hantu dari rumah baru yang akan ditempati oleh penghuninya. Untuk menghalau hantu yang berkenaan, maka diadakanlah upacara Gumazad. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
towon Kd | ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri dororongan. | Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada lapeson, ribadon, lamboson dan tongon. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
toroloi Kd | ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri dororongan. | Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada lapeson, ribadon, lamboson dan tongon. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumpik Bj Sm, Tb | sejenis kapal. | Ya. Bukankah kakak lari dari kapal tumpik yang membawa kakak belayar dari Johor untuk dikahwinkan dengan Sultan Sulu? tanya Karini. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angalang Mr | 1. sejenis tarian utk menyambut kepulangan pahlawan dari peperangan atau merayakan hari keramaian. | Penari-penari Tarian Angalang terbina dari dua barisan yang satu-satunya barisan mengandungi tujuh orang penari lelaki. Mereka menari dengan mengikut rentak alat-alat muzik yang dipukul dengan irama-irama tertentu, sambil bergerak mereka maju ke depan dan demikian juga penari wanitanya. Walau bagaimanapun reka bentuk tarian berkenaan boleh dilakukan mengikut selera atau kemahuan pencipta. | Tarian Mengubati Orang Yang Sakit | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menuntum Ib, MSr | meminum sesuatu terus dari botolnya. | Tidak ada yang tidak mungkin. Selera hendak mabuk itu datang sendiri apabila melihat teman menuntum botol langkau atau secara yang lebih sopan, meneguk dari gelas atau cangkir. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
madi Ib | mencari padi. | Aku ni baru saja pulang dari madi, mencari nasi. Kalau kau susah sangat bererti samalah kita ni, kata petara Unying. "Pergilah ke rumah Sengalang Burung. Aku pun baru balik dari sana. Kalau kau keletihan serta lapar, makanlah dulu," katanya lagi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |