Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.gil] | دݢيل

Definisi : (bersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu: budak itu memang degil, makin dilarang makin lagi dibuatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.gil] | دݢيل

Definisi : tidak mahu menurut kata atau tidak mahu menerima nasihat; keras kepala: Budak itu ~ betul, apa kata ibunya sedikit pun tak diendahkannya. berdegil enggan menurut perintah, nasihat, tegahan dll: Jangan ~ lagi, lekas buat apa yg disuruh oleh guru itu. kedegilan keadaan atau sifat degil; ketegaran: Oleh sebab ~nyalah, maka dia tidak dipedulikan oleh gurunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata degil

Peribahasa

Bangsar balur liat.

Bermaksud :

Orang yang degil. balur = kulit keras.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
entingal MSrdegil, tidak mendengar nasihat.Memanglah entingalnya tidak sehebat Lona dan Latifah tetapi dia begitu yakin pada anak perempuannya.Rahsia SaidinGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bengkeng MSrdegil.Dalam banyak perkara yang kufikir-fikirkan, sejak Jasi mula bengkeng inilah aku berasa semakin teruk. Kerja dapur memang tidak pernah ditolong orang. Kerjaku di luar rumah tidak pernah berkurangan.Jagung Pulut Pusaka MoyangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas