tagung Kd | sejenis gong. | Oleh yang demikian, gendang digunakan untuk mengiringi rentak gong, togunggu/ togunggak, tagung dan kulintangon. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tengkerong Tb | cicak tokek. | Setelah ia menyatakan demikian, anak muda itu pun menggoncangkan badannya dan lantas menjelmalah ia menjadi seekor cicak tengkerong. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
madayut MBr | tarian tradisonal suku kaum Brunei. | Perkataan Madayut bermakna menyanyi sambil menari, dan dengan demikian dapatlah disimpulkan bahawa Madayut bermakna menari dengan iringan nyanyian, atau kombinasi di antara lagu dan tari, di mana rentak tariannya seakan-akan rentak pencak silat. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lengga Ir | sifat semula jadi seseorang, apabila mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak dapat dilakukan dengan segera. Walaupun demikian tugas yang diberikan kepadanya dilakukan dengan sempurna. | (a) Oleh sebab ia lengga, guru tersebut memberi masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan, berbanding dengan murid-murid yang lain. | Lengga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
merinsak MSr | papa; sangat miskin. | Mereka lokek. Setiap sen dihitung. Kartini membayangkan yang dia tidak sanggup berbuat demikian. Pada pandangannya terlalu merinsak orang kalau setiap sen diambil-kira setiap kali menghitung rezeki. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lambai Kd | nama lain bagi tarian Sumazau di Beluran. | Di Beluran Tarian Sumazau lebih dikenali sebagai tarian Lambai dan demikian juga di Ranau di mana lebih popular dengan panggilan tarian Mengigol, tapi Mengigol yang dimaksudkan bukanlah Tarian Mengigol yang diwarisi oleh suku kaum Rungus yang terdapat di Kudat. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kapiak, *pakiak* Mr | burung kuang. | Bagi penari lelaki pula akan memakai baju yang diperbuat daripada kulit kayu dan dipasangkan dengan sepasang abag atau cawat yang berwarna kesumba atau merah. Pada bahagian kepala perempuan akan dihiasi dengan sejenis bulu kapiak (burung merak dan demikian juga bagi penari lelaki). | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angalang Mr | 1. sejenis tarian utk menyambut kepulangan pahlawan dari peperangan atau merayakan hari keramaian. | Penari-penari Tarian Angalang terbina dari dua barisan yang satu-satunya barisan mengandungi tujuh orang penari lelaki. Mereka menari dengan mengikut rentak alat-alat muzik yang dipukul dengan irama-irama tertentu, sambil bergerak mereka maju ke depan dan demikian juga penari wanitanya. Walau bagaimanapun reka bentuk tarian berkenaan boleh dilakukan mengikut selera atau kemahuan pencipta. | Tarian Mengubati Orang Yang Sakit | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
abag Mr | cawat berwarna kesumba atau merah yang dipakai oleh penari lelaki sewaktu menarikan Tarian Mansayau. | Bagi penari lelaki pula akan memakai baju yang diperbuat daripada kulit kayu dan dipasangkan dengan sepasang abag atau cawat yang berwarna kesumba atau merah. Pada bahagian kepala perempuan akan dihiasi dengan sejenis bulu kapiak (burung merak dan demikian juga bagi penari lelaki). | Tarian Kepingan Besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |