Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngar.de.ngar] | دڠر٢

Definisi : menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengar-dengar

Puisi
 

Di mana kepayang yang gugur,
     Dengar akan bunyi labuknya;
Di mana si dayangku tidur,
     Dengar akan bunyi jua batuknya.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Dengar cakap enggang,
     makan buah beluluk;
dengar cakap orang,
     terjun masuk lubuk.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bisik Ibada.“Haiyaa, nuan bisik dengar berita wai” Tanya tauke Cina berseluar katuk perut buncit itu kepadanya. Dia cuba melatih percakapan Ibannya supaya lebih disenangi oleh ketua masyarakat di kawasannya itu.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ocek MSrberjenaka, percakapan yang olok-olok.Dengar saja Abat Ahim mengatakan Kak Siti berkirim salam bunga selasih kepadanya, Pak Udak Hassan terus saja buat kesimpulan sendiri; salam tanda kasihlah itu. Abat Ahim ocek lagi dengan kata-kata: Kak Siti kirim salam bunga mentemu, Pak Udak Hassan terus menyangka malam nanti Kak Siti ajak bertemu!Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pelan MSrmenyebelahi, memihak.Dalam keadaan begitu dia berasa putus asa dan sering mengatakan: "Entahlah apa nak jadi dengan budak ni!" Tetapi kalau Pak Karim dengar, dia mesti pelan. Mesti dia kena tengking herdik oleh lakinya itu kerana menyindir anak.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas