pelias MSb | azimat yang dipakai untuk menjadikan seseorang kebal (terelak daripada bahaya). | Embok Ali telah memasang ilmu pelias kepada orang-orangnya, sebab itu semua tembakan tidak mengenai sasarannya. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lumpis Bj, Kd | sejenis ikan seluang; Rasbora spp. | Amir mana tahu di mana ada ikan di laut ini. Kalau mencari ikan puyu, ikan haruan dan ikan lumpis, dialah raja, perli Lina sambil senyum. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lingkoh Bj | Ikan alu-alu; Sphyraena jello. | Azmi sudah lama menghulur mata kailnya ke dalam laut. Kini dia menunggu. Pak Cik Hassan pula dapat menarik seekor lagi ikan lingkoh sebesar yang ditangkap oleh Amir. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belang Bj Sm | majlis keramaian. | Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka,” terang Cikgu Damit lagi. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelibas MSb | penawar racun. | Tidak, Embok Ali akhirnya membawa orang-orangnya menyerbu ke arah kompeni. Mereka menyerang dengan keris terhunus. Ketika inilah anak murid Embok Ali itu berdiri, lalu dia menjerit dan membaca pelibas dan petunangnya. Dia menjerit: Apa boleh buat Pak Guru, bertempurlah kita!" | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
masap Bj | keadaan luar biasa yang biasa seperti laut bergelora, ribut taufan dan sebagainya. | Apa makna masap itu, pak cik? Lina kebingungan. "Masap, ertinya laut bergelora. Ikan-ikan di dalamnya akan keluar ke permukaan laut untuk menakutkan kita. Angin ribut juga akan bertiup kencang," jelas Pak Cik Hassan bertambah cemas. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sepak manggis MSb | sejenis permainan tradisional yang menggunakan bola sepak raga. Bola tersebut disepak secara berpasangan (dua orang) menuju ke arah bekas di tempat tinggi, dalam bekas tersebut diletakkan sejumlah wang yang akan menjadi milik pemain sekiranya bola tersebut mengenainya. Permainnan ini biasanya dimainkan di majlis perkahwinan atau keramaian. | Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka," terang Cikgu Damit lagi. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |