Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wa] | ديوا

Definisi : (déwa) 1. sesuatu yg dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa terhadap alam dan manusia, yang-yang: membakar colok utk memuja ~; 2. ki orang (sesuatu) yg dipuja-puja: wang juga akan ~nya; ~ pujaan hatinya telah mati ditembak pengganas; mendewakan, mendewa-dewakan, mem­­­­per­dewakan memuja-muja spt dewa: masih banyak lagi pegawai kerajaan yg mendewa-dewakan bahasa Inggeris; kedewaan 1. (hal) mengenai dewa: agama Hindu telah memasukkan adat resam dan sistem ~ Hindu; 2. tempat (kediaman) dewa-dewa; pendewaan perihal atau perbuatan men­dewakan: ~ bahasa Inggeris dan kelulusan Inggeris masih diamalkan oleh pihak-pihak tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.wa] | ديوا

Definisi : /déwa/ 1 roh yg dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa atas alam dan manusia. 2 ki seseorang atau sesuatu yg dipuja-puja: ~ pujaannya ialah penyanyi kacak itu. mendewakan memuja-muja spt memuja dewa: Masih ada beberapa orang Melayu yg ~ bahasa Inggeris. kedewaan sifat-sifat dewa; mengenai dewa. pendewaan hal atau perbuatan mendewakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewa

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
Bubutan Kd KBdewa air.Sejenis dewa, asalnya dari air. Bubutan ini berkahwin dengan Salasak atau Tombaig.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
Yumun Kd KBdewa perempuan.23. Yumun atau Umun - Dewa perempuan isteri kepada Kinorohingan, dewa pencipta, kediamannya di kayangan yang tertinggi.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
umun Kd KBdewa perempuan.23. Yumun atau Umun - Dewa perempuan isteri kepada Kinorohingan, dewa pencipta, kediamannya di kayangan yang tertinggi.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
miontong Kddewa pelindung.Semua orang Kadazan dulu menyembah itu Tua Pek Kong (dewa Cina) juga. Ya, dulu. Ada yang menyembah penjaga di rumah. Kadazan bilang miontong (dewa).Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jila isang Ibdaun palas dalam keadaan tercarik dan dibiarkan berjela-jela diletakkan pada kepada/tengkorak manusia yang tewas semasa mengayau untuk digunakan semasa perayaan masyarakat Iban.Gila Gundi beranakkan Keling Aji yang berani dan boleh menjadi ketua perang, ketua orang di Panggau Libau, tempat yang berlumpur becak kerana terlalu kerap terkipas oleh jila isang, tempat tinggal dewa-dewa yang menjadi nadi penggerak orang-orang yang menjadi ketua perang, ketua kayau, perwira dan sebagainya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bercenaga, *bechenaga* Ib, Khupacara ramalan yang dilakukan oleh manang atau lemambang untuk menentukan baik buruknya sesuatu alamat yang dibawa oleh burung atau melalui mimpi seseorang. Ramalan ini dilakukan dengan cara melihat pada hati khinzir yang telah disembelih, bentuk urat pada hati khinzir itulah yang menentukan nasib sesiapa yang berkenaan itu. Upacara ini biasanya untuk tujuan meramalkan kejayaan seseorang.“Lain kali,” nasihat Dayang Manis Muka, “kalau awak mengadakan upacara bercenaga, awak boleh menggunakan hati anak babi untuk melihat perutusan dewa-dewa sama ada untuk melihat keadaan kesihatan atau untuk melihat nasib.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
anding Ky, MBrnama tarian pemujaan.Pada mulanya tarian Anding ini bukanlah merupakan tarian untuk bersukaria, tapi merupakan ‘pemujaan’ terhadap semangat atau dewa dewi dan mambang.Pemujaan Semangat Dewa DewiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sulu baiduri Mr Tdsejenis tarian kaum Tidung yang bertujuan untuk memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh.Seperti juga suku kaum lain bahawa suku kaum Tidong masih percaya terhadap jampi serapah. Mereka juga mempunyai tarian tradisi yang bermaksud memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh.Tarian hadiah untuk pengantinGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jubata Skdewa.Mungkin inilah sialnya, gerutunya dalam minda yang sempit dan semakin payah digunakan untuk berfikir itu. Tulah apalah ini! Huh, disumpah Jubata agaknya.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
patara, *petara* Ibdewa.Akan sihatlah kamu kata Betara Simpandai, Kaya kata Anda Mara, Dirgahayu sumpah Hantu, Baik segala-galanya restui Petara.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas