garusai Ih | sejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis keramaian yang ditarikan di atas pentas yang di bahagian tengahnya diletakkan setalam abu. | Tarian Garusai ini sama keadaannya dengan tarian Runsai bagi kaum Tidung. Ianya ditarikan pada sebuah pentas atau dewan, di mana di tengah pentas atau dewan itu akan diletak setalam abu untuk menjadi bekas membuang ludah dan puntungan rokok. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tinitundob Mr Tl | tempat menyangkutkan tengkorak, bahagian ini terletak di tengah siling dewan lansaran. | Sebaik saja lansaran dijalankan maka setiap orang haruslah ikut serta lumansar dan berusaha untuk mencapai tengkorak yang terletak di tiang tinitundob. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengimun liliwa Mr | penyanyi lagu tradisi. | Dengan bermulanya nyanyian tersebut, maka penari-penari lelaki dan perempuan pun mulalah menghayun dewan Lansaran tadi, di samping mengikuti irama nyanyian yang dinyanyikan oleh `mengimun liliwa' sebagai penghidup semangat mereka. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
andau Ib | titi gantung. | Tak senang meniti andau pelangi sekecil lidi. Kau akan binasa di dunia itu wahai bapaku. | Dewan Sastera Januari 2003 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lalaguna Mr | lantai lansaran. | Lalaguna - berukuran kira-kira 20 kaki panjangnya dan sebanyak 60 batang yang diperlukan - ianya digunakan sebagai gelagar dewan `lansaran'. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
randau Ib | dialog, perbincangan. | Di ruai tiba-tiba ada randau. Kajan telah menjemput beberapa ahli jawatankuasa rumah panjang kerana perlu memberitahu perkara penting kepada semua. | Dewan Sastera | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pua kumbu Ib | kain tenunan Iban yang digunakan untuk hiasan atau sebagai selimut. | Beberapa lembar pua kumbu digulung dengan dua gulung tikar juga turut dibayakkan. | Dewan Sastera | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lansaran Mr | pentas yang dibuat daripada buluh yang membolehkan penari-penari melompat dan melonjak-lonjak di atasnya (bersifat fleksibel). | Lantas dia melonjak naik ke atas kayu yang dijadikan landasan di dewan lansaran. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sumayau Kd | sejenis tarian suku kaum Dusun Gana yang ditarikan secara berpasangan oleh enam/lapan orang lelaki dan wanita. Tarian ini diiringi oleh paluan gong dan kulintangan. | Berapa orang penari lelaki dan wanita, menuju ke dewan tari untuk menarikan tarian sumayau bersamasama Ivan. | Tarian Pribumi Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |