Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : di hadapan; di muka: Dia berdiri ~ pintu melihat suaminya pergi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di depan

Puisi
 

Sayang selasih di depan puan,
     Tidak niat hendak kupakai;
Hatiku kasih padamu puan,
     Sikit tak ingat hendak kucerai.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Mat di bawah dagu.

Bermaksud :

Kalah dengan tiba-tiba atau tertipu di depan mata. mat (emat) = kata peringatan dalam permainan catur, mengatakan bahawa raja atau wazir terancam bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
paiya, *paya* Ibbahagian cawat yang berjuntai di depan.Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
naik jabar MSrperasaan terlalu marah, naik radang.Tapi Pak Pait mati-mati menuduh ada urusan jual beli dalam hal itu, dan hasil haram itu digunakan oleh Pak Malun untuk berlagak di depan Kak Siti. Manalah tidaknya Pak Malun tak naik jabar. Nasib baik ada Pak Keri Ladun ketika itu; kalau tidak, tentu ada yang berkafan hari itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temasu MSbtembusu; Fagraea fragrans.“Tidak jauh lagi, saudari. Selepas pokok temasu yang tinggi di depan tu, kita akan sampai di rumahnya. Rumahnya di tepi jalan, tak susah dicari,” kataku sambil memindahkan beg pakaiannya ke bahuku sebelah kiri. Wah, beratnya sudah hampir-hampir sepikul kurasa.Dugaan TerakhirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sunduan Kd KBsejenis roh baik.Sunduan - Semangat anak yang baru lahir, menentukan watak, bakat, akhlak dan kecerdasan anak itu di masa depan.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ubar suluk Bj, Slsejenis pohon kayu bakauLepa selalunya diperbuat daripada kayu serayan merah atau ‘ubar suluk’ dalam bahasa Bajau serta kayu ubal yang digunakan di bahagian depan sebelah bawah.www.berita Harian. com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kayu ubal Bj Smsejenis pokok kayu yang kulitnya dijadikan pewarna (merah tua).Lepa selalunya diperbuat daripada kayu serayan merah atau ‘ubar suluk’ dalam bahasa Bajau serta kayu ubal yang digunakan di bahagian depan sebelah bawah.www.berita Harian.com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tamu MSbpekan (pasar) sehari.Nanak tahu, ibunya sedang menganyam daun pandan. Nanak tahu, pandan itu nantinya akan dijual di tamu, minggu depan. Itulah satu-satunya pendapatan sambilan yang diperoleh selain bercucuk tanam.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
badat Kd Prsejenis balai khas yang hanya berdinding di bahagian kiri dan kanannya, untuk upacara Menugit sahaja.Upacara Menugit selalunya diadakan di sebuah balai yang disebut oleh orang-orang Kadazan sebagai balai badat - iaitu sebuah balai yang dibina khas, ianya merupakan sebuah bangunan tanpa dinding di bahagian depan dan belakangnya hanya dinding di kiri kanannya saja yang dibuat sebagai tempat menyimpan alat-alat bunyian dan tempat orang yang duduk bersandar.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas