Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.sa.na] | د سان

Definisi : tempat yg jauh (dr orang yg ber-cakap): mereka telah sampai ~ pukul tujuh pagi; ~ sini di merata-rata tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sana (kata tugas)
Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;,
Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan,

Puisi
 

Di sini gunung di sana gunung,
     Sama dengan Gunung Sebandi;
Di sini bingung di sana bingung,
     Sama dengan penerang hati.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Di mana bumi (= tanah) dipijak,
     di sana (= di situ) langit dijunjung.

Bermaksud :

Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
entuyut Ibsejenis periuk kera.Akar entuyut, basung dan tenggang berceranggah di sana sini, membelit perdu pokok yang berhampiran.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kikit, *kikik* MSbsejenis layang-layang.Pakai Kikit (layang-layang) Kikit Ong, kikit yang besar. Apabila dia terbang kan, memang ada orang ikut. Sampai di sana, kikit itu dia simpanlah.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
idas Bd, Ibsejenis tikar yang dianyam daripada rotan kulit kayu.Mereka berkejar pulang ke Panggau Libau. Sampai di sana mereka nampak tikar dan idas sudah dihamparkan di pelantaran untuk menyabung semula, hanya menunggu ketibaan mereka berdua.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pudung Bj, Kd, Tbparang pendek yang digunakan untuk merumput.Fikirannya melayang jauh. Kemudian, fikiran itu kembali kepada dirinya sendiri. Ada waktu-waktunya dia mengeluh. Akhirnya dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Di sana bininya masih terbongkok-bongkok di celah-celah batas. Satu-satu perdu rumput itu rebah terkena pudung bininya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
runsai Bj Sm, MSbsejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis perkahwinan, sambut menteri.Entah mengapa, seni kata kalang dua kerat yang dilafazkan oleh penari-penari runsai di bawah sana, seperti menguak kenangan silam yang menimpa dirinya.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tungkal IbHukum denda tambahan mengikut adat suku Iban sekiranya tidak dibayar denda sebelumnya.Sana pun membawa canang itu turun ke bawah rumah. Apabila sampai di bawah dia pun berkata, "Canang ini akan saya bawa pulang ibu untuk membayar denda adat tungkal berkenaan dengan anak Anal yang telah meninggal!" Sana terus membawa canang itu pulang ke rumahnya.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
suang talun Kdbinatang liar.Masa eh... dia urang (orang) mau pi jalan sana hutan, ibunya berpesan kepada mereka di mana sekiranya dia urang makan dan terjumpa dengan suang talun (binatang liar) mereka disuruh jangan bunuh itu binatang.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas