ampur Kd Tm, Kd Rn | harta yang diberikan oleh keluarga isteri. | Isterinya juga akan menyimpan "ampur" atau "noitah" iaitu harta yang diberikan oleh keluarga isterinya. Selalunya, ia terdiri daripada barang-barang perhiasan, pakaian dan kerbau. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lengga Ir | sifat semula jadi seseorang, apabila mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak dapat dilakukan dengan segera. Walaupun demikian tugas yang diberikan kepadanya dilakukan dengan sempurna. | (a) Oleh sebab ia lengga, guru tersebut memberi masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan, berbanding dengan murid-murid yang lain. | Lengga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
maginakan Kd, Mr | kenduri kesyukuran. | Upacara maginakan ini diadakan adalah untuk menyatakan rasa syukur dan penghargaan terhadap rezeki yang telah diberikan oleh semangat penjaga keselamatan dan rezeki manusia bagi satu-satu keluarga yang mahu mengadakan upacara tersebut. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jerak Ib, Ml, MSr | serik. | Hatta cakap emak kandung sendiri pun Jimbai sudah bosan. Sudah jerak. Kali ini biarlah dirinya sendiri yang menentukan jawapan yang bakal diberikan kepada urusan dirinya sendiri dan dia akan membantah semua perkara yang patut dibantah. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giring-giring MSb | sejenis alat bunyi-bunyian yang berbentuk kecil dan jumlahnya banyak. | Gong, gendang dan giring-giring tidak perlu dibunyikan kerana tiada arahan yang akan diberikan oleh tetagas. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baung Bj Sm | bekas minuman yang diperbuat daripada tempurung kelapa. | Orang-orang Mumus itu naik ke rumah Datu Unduk sesudah membasuh kaki dan minum air sejuk yang diberikan di dalam baung. Mereka minum bergilir-gilir. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
racun sekejap Tb | sejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari. | Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |