kain kebat Ib | sejenis kain yang dihasilkan melalui teknik ikat. | “Apa yang kauberi saya terima sajalah, kerana kami ini dalam keadaan yang sangat susah.” Indai Jebua lalu memberinya kain kebat iaitu kain tenun yang baik, diberinya juga baju yang cantik dan barang lain yang cantik-cantik. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gendang pampat Ib | sejenis irama yang dihasilkan oleh paluan tujuh biji ketebung iaitu sejenis gendang. | Memang sudah menjadi amalan di kalangan orang Iban pada zaman dahulu untuk anak-anak yang baru hendak meningkat dewasa belajar memukul ketebung dan gendang serta menghasilkan irama yang disebut gendang pampat. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linangkit Mr | Satu panel kain bermotif (motif dihasilkan melalui sulaman benang beraneka warna). | Pakaian bagi kaum perempuan dinamakan nilimbungan yang rata-ratanya berwarna hitam, berwarna hitam, manakala kain sarongnya disebut sebagai nelangkit. Nilimbungan dan linangkit tersebut akan dihiasi dengan manik-manik yang berwarna warni seperti benang ros. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
olos belangkit Bj Sm | kain baldu hitam yang dihiasi satu panel kain bermotif (motif dihasilkan melalui sulaman benang beraneka warna). | Olos Belangkit - sejenis kain hitam - sebaik-baiknya kain baldu yang dihiasi dengan tekatan benang yang beraneka warna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |