punsuan Tb | busut yang dijadikan sebagai tempat memanggil semangat padi. | Memang. Sebetulnya sudah kuduga, pak cik. Dia memang tidak setuju dengan rancangan ini. Dia mahu kita lakukan cara dulu. Cara kita yang mesti ada punsuan linamin dan sebagainya. Bukankah itu sudah ketinggalan zaman? | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pantar Ib | ruang antara ruai dan tanju di rumah panjang yang biasanya dijadikan sebagai tempat tidur lelaki bujang. | Pada pagi Gupi hendak bersalin, Bada yang sedang duduk berdiang di ruai ternampak seorang lelaki sudah duduk di pantar, iaitu bahagian ruai yang terdekat dengan tempat menjemur padi atau tanju. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tayen LB | sejenis bekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk mengangkut padi, buah dan lain-lain. Kadang-kadang ia dijadikan sebagai tempat letak barang hantaran perkahwinan. | Akulah yang kamu patut berkawan. Kalau kamu sudah sampai pakailah ubur bunga sebagai alat kamu berteduh. Barulah kita duduk bersama, rapat dan berdampingan dan mengumpul padi yang kurang baik, yang jarang. Supaya kami diisi penuh seperti desa yang penuh sesak, seperti dimuatkan dalam lubang yang ketat. Agar buan dan tayen kami penuh berlimpahan, agar kami akan menuai dengan selamat. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pulau Ib | kawasan hutan yang tidak boleh dijadikan huma, tempat tinggal atau dibakar kerana pantang larang tertentu. | Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linapak Kd | belahan buluh berbentuk V di tengah-tengah Tongkungon dan berperanan sebagai ruas atau bagi menguatkan atau menyaringkan bunyi Tongkungon. | Seruas buluh yang telah kering dan siap untuk dijadikan Tongkungon haruslah dibelah (dilatarkan) dalam bentuk āVā di tengah-tengah Tokungon sebelum membuat atau menghasilkan dorongan dan tempat belahan itu dinamakan linapak. Linapak berperanan sebagai ruas atau bagi menguatkan atau menyaringkan bunyi Tokungon. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
senuan Ib | tanah perkuburan kecil untuk ahli keluarga sahaja, biasanya hanya memuatkan beberapa orang sahaja. | Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |