Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.kit] | ديکيت

Definisi : ; sedikit tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar, dll), tidak seberapa: berilah kami ~ kuih itu; ~ pedas agak pedas; ~ hari lagi tidak lama lagi; ~ sebanyak lebih kurang; ~ hujan banyak yg basah prb kecelakaan yg kecil membawa akibat yg besar (pengetahuan sedikit tetapi bercakap besar); ~ kerja banyak berantun prb perihal kemalasan seseorang (orang yg tidak mahu berusaha membuat sesuatu); sedikitnya 1. = sedikit-dikitnya, sedikit-sedikitnya sekurang-kurangnya, yg paling kurang; 2. jumlahnya yg sedikit; banyak ~ banyaknya, jumlahnya (banyak atau sedikit); sedikit-sedikit 1. setiap kali sedikit; ~ lama-lama jadi bukit prb sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga; 2. walaupun sedikit; menyedikit berkurang (sedikit-sedikit); berdikit-dikit 1. sedikit demi sedikit: wang­nya telah dikumpulkan secara ~; 2. ber­­hemat, ber­hati-hati (bkn wang dll): mereka boleh hidup sederhana dgn ~; mendikit-dikitkan, menyedikitkan, me­ngecilkan (mengurangkan) belanja dll, men­jadikan sedikit: mereka hendak ~ belanja supaya dapat menyimpan wang; mempersedikit menjadikan lebih sedikit; tersedikit yg paling sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.kit] | ديکيت

Definisi : ; berdikit dlm bilangan yg tidak banyak; sedikit saja bilangannya: Lembu jenis itu dipelihara secara ~. berdikit-dikit 1 sedikit demi sedikit: Hartanya dikumpulkan ~. 2 berhati-hati atau berhemat (bkn wang dll): Dia membelanjakan wangnya ~. mendikitkan mengecilkan (mengurangkan) belanja dll: Mereka terpaksa ~ penggunaan air kerana musim kemarau. pendikit alat dlm enjin yg mengawal aliran bahan api dan angin. sedikit tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar dll): Beri saya nasi ~. Kuih itu manis ~. ~ banyak lebih kurang. sedikit-sedikit 1 setiap kali sedikit: ~ lama-lama menjadi bukit. 2 walaupun sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikit

Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit,
     hendak tuah (= mulia) bertabur urai,
hendak berani berlawan ramai.

Bermaksud :

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tampik Ir, Tbdaging kerbau yang dipotong nipis dan dikeringkan untuk disimpan.Semua penduduk mendapat agihannya masing-masing malah mereka dapat menyimpannya tiga empat hari. Mereka bercermat dan berdikit-dikit memakan “tampik” daging kerbau mandak itu.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas