sinsing Kd, Tb | perhiasan pinggang dalam pakaian tradisi wanita Kadazandusun, diperbuat daripada tiga utas besi loyang berbentuk cincin. | Di pinggang pengantin perempuan terdapat lilitan yang dipanggil "Sinsing" yang terdiri daripada tiga utas yang diperbuat daripada besi loyang berbentuk cincin dan seutas lilitan yang diperbuat daripada duit-duit syiling perak lama. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
polod Kd | sejenis palma. | Seperti yang termaklum, Sompoton diperbuat daripada buluh sumbiling sedang Bungkau diperbuat daripada pelapah polod atau bengkala. | Bungkau juga miliki lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belilit Kd | sejenis gelang yang diperbuat daripada tembaga yang digunakan di kaki atau tangan. | Belilit - ini sejenis gelang yang diperbuat daripada tembaga, boleh digunakan sebagai perhiasan di kaki ataupun di tangan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelaga Ib | sejenis manik sebesar ibu jari diperbuat daripada tiram. | Berdekatan dengan gong itu terdapat sebuah dulang yang diperbuat daripada banir pokok tapang. Dulang itu diisi dengan air untuk merendami duit syiling perak, kelam, pelaga manik, intan berlian dan emas. Dengan air itulah kepala bayi itu direnjis. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ilang I | sejenis pedang. | Ilang - iaitu sejenis keris panjang yang diperbuat daripada besi pilihan, matanya tajam berkilat. Ulu keris ini diperbuat daripada gading gajah yang dibentuk dengan ukiran-ukiran yang cantik. Di bahagian belakang mata keris ini dihiasi dengan bulu atau rambut manusia yang berumbai-rumbai. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batakan Rg | perhiasan pada pakaian tradisi wanita Rungus berupa gelang tangan diperbuat daripada kulit kerang (kima). | Batakan - sejenis gelang yang diperbuat daripada kulit kerang (kimoh), diletakkan di bahagian lengan, di sebelah menyebelah tangan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
badu sampit Bj Sm | sejenis baju (tradisi Bajau Sama) tanpa lengan yang diperbuat daripada baldu hitam dan diberi hiasan. | Badu sampit - baju yang diperbuat daripada kain baldu hitam yang juga dihiasi dengan tekatan benang yang beraneka warna di samping butang-butang betawi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dapun MBr | sejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna. | Perhiasan di bahagian dada ialah dapun, iaitu sejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temilah Ib | bekas yang diperbuat daripada ruas buluh tua dan diikat pada pinggang si pemburu untuk menyimpan anak panah. | Maka pagi itu mereka awal-awal bersedia, Diambil mereka damak sungguh tajam matanya. Disimpan dalam temilah diperbuat daripada buluh lalang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
karieng Kd Kj | sejenis alat perhiasan yang diperbuat daripada manik-manik dan tembaga. | Maturun - iaitu kain jenis hitam yang dihiasi dengan linangkit, manakala di bahagian bawah kain itu dihiasi dengan karieng, iaitu sejenis alat perhiasan yang diperbuat daripada manik-manik dan tembaga. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |