almanis Bj, Sl | hiasan pada bahagian dada baju sigpit alal bimbang. Perhiasan ini seperti kerongsang dibuat daripada emas dan dijahit terus pada baju. Satu set al-manis terdiri daripada 15 keping, disusun tujuh sebelah dan satu bucu di bahagian bawah dada. | Baju sigpit alal bimbang sepadan dengan tubuhnya yang langsing. Mengikut bentuk badan dan berwarna ungu, dihiasi almanis di bahagian dadanya. Saire mengayun-ayun tangannya. | Sejambak Bunga Emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngebat Ib | mengikat bahagian-bahagian benang yang hendak dicelup supaya kekal warna asal bahagian yang diikat itu. | Proses berikutnya dipanggil ngebat (mengikat bahagian-bahagian benang yang hendak diwarnakan dengan warna-warna tertentu setelah benang itu disusun dengan cara yang teratur). Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |