sigi Kd | sigi adalah bentuk sompoton yang terawal yang digunakan oleh orang-orang Kadazandusun. Biasanya sigi mempunyai paruh yang dibuat daripada buluh kecil untuk dijadikan bahagian yang ditiup. Ia hanya digemari oleh golongan tua. | Tonik sigi tidak fleksibel seperti tonik sompoton. Sigi tidak boleh memainkan lagu tempatan berirama moden seperti Sompoton. Oleh kerana itu, ia hanya sesuai untuk memainkan irama-irama asli. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bertandak, *tandak* Ml, MSr | menari. | Pak Udak Hassan terus bertandak dengan girangnya. Badannya yang kurus melidi dan hanya dibaluti kain sabuk dua jari itu kelihatan terhuyung-hayang macam lalang ditiup angin. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jagan Ib | sejenis bekas yang terbuka dan lebar dianyam daripada buluh atau bemban. | Apabila mereka sampai di rumah Lemambang, nenek Inda lalu mengayak titik darah adik Lemambang yang melekat pada daun dengan jagan, ditiup dengan penampi dan ditempa dengan peputan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sompoton MSb | sejenis alat muzik bagi suku kaum Kadazan dan Murut. Ia diperbuat daripada 8 batang pipa bambu dan sebiji labu kecil yang dikeringkan dan dipotong tepinya. Bahagian atas biji labu dikorek untuk meletakkan lapan batang bambu secara menegak yang seterusnya dilekatkan (bambu) dengan gam lebah. Manakala bahagian hujung lengkongan bambu itu ditebuk sebagai tempat meniup. Ia dimainkan dengan cara menutup hujung tiga pipa menggunakan tiga jari kanan dan tiga jari kiri. Seterusnya ia ditiup oleh seseorang untuk menghasilkan irama. | Sompoton merupakan salah satu daripada alat-alat muzik tradisional yang paling digemari sejak dahulu lagi sehingga kini. Namun pada masa kini, pembuat-pembuat sompoton semakin hari semakin berkurangan. | Alat-alat Muzik Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |